CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Spongebob Squarepants "Mengganas" di Indonesia? Biar Betul?

19-9-2019 09:19 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 4783| Komen: 20

Siapa sangka kartun Spongebob Squarepants yang menjadi hiburan kita sejak kecil hingga ke hari ini tidaklah disambut baik di sesetengah negara?

Menurut sumber dari Kosmo Online, surat amaran telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) terhadap GTV, stesyen televisyen tempatan akibat menayangkan filem The Spongebob Squarepants Movie.

Dari laporan akhbar The Jakarta Post, filem yang disiarkan pada 6 Ogos 2019 (waktu tempatan) pada jam 11.14 pagi (waktu tempatan), sebelum disiarkan semula pada stesyen televisyen yang sama, GTV pada 22 Ogos 2019 pada jam 3.02 petang. 

Filem The Spongebob Squarepants Movie dikatakan menyuntik unsur-unsur keganasan seperti lontaran tukul ke muka, menjatuhkan bola boling di atas kepala, menghayun muka dengan kayu dan membaling pasu kaktus menggunakan raket. 

Kredit Foto: Weheartit.com

Hal itu dikatakan melanggar Artikel 14 P3, yang menyatakan unit penyiaran perlu patuh akan kepentingan kepada kanak-kanak dalam aspek penyiaran. Perkara ini dinyatakan dalam surat amaran dari KPI, yang turut menyatakan bahawa filem itu melanggar kod standard program (SPS). 

Seperti yang dilapor oleh Kompas.com, Timbalan Ketua KPI, Mulya Hadi Purmono menyatakan suruhanjaya hanya menghantar surat amaran saja kerana ia merupakan kesalahan pertama.


Kartun Spongebob Squarepants telah ditayangkan sejak Mei 1999 dan masih teguh bersiaran di serata dunia hingga sekarang, 20 tahun kemudiannya. Siri ini berkisarkan kehidupan Spongebob yang ceria bersama rakan-rakannya yang tinggal di bandar bawah laut, Bikini Bottom. 

Ia ditayangkan di Malaysia melalui siaran-siaran seperti TV3, TV9 dan Nickelodeon, menerima sambutan yang hangat dalam kalangan masyarakat kita juga. Pasti ada di antara kita yang meminati kartun ini sejak kecil dulu. Jadi apa kata anda? Betul ke kartun Spongebob ni ganas sangat? - CARI 
4

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 19-9-2019 09:26 AM
Kartun ganas ke tak pun,kalau dah perangai azali cmtu,tetap sama jugak..{:smile
Quote najib888 19-9-2019 09:27 AM
fuyoooo... sensitipnya..
katun bodo je pun...
Quote Boomibulat 19-9-2019 09:29 AM
Kartun favourite..
Quote shernazz 19-9-2019 09:30 AM
Xde plak dia cakap sebab spongebob tu bangang sangat semua benda dia nak blur kan?

Quote sarah82 19-9-2019 09:32 AM
Hahaha.. Aku suka si petak kuning ni.. Walaupun aku tua nak mampos.. Tapi aku tetap layan si petak kuning.
Quote Kurex 19-9-2019 09:36 AM
Indon tak payah tengok kartun ganas pun tetap tak bertamadun...
Quote liton 19-9-2019 09:59 AM
Takde spongebob pun budak-budak sekolah indon dah ganas  ber ‘tawuran’ sampai mati.
Quote mizruncing 19-9-2019 10:14 AM
halahhh tak penah lg aku tgk bebudak tiru aksi dlm citer ni. lebih2 laa indon ni
Quote umbut 19-9-2019 12:00 PM
Edited by umbut at 19-9-2019 12:02 PM

Alahaiii.. kan spongebob ngan patrick tu memang bermain camtu.. bodoh2  alang.. pastu patrick ni blur pelupa... indon mulut puaka pun sensitif
Quote supermum 19-9-2019 12:21 PM
Tak pulak anak aku terkesan dgn Spongebob ni. Tapi aku pun tak suka kartun Nick channel. Banyak yang bingit.
Quote yuki812 19-9-2019 12:23 PM
ujung2..Spongebob  gak yg dipersalahkan..
Quote RatuDunia94 19-9-2019 01:50 PM
Tp kalau tgok si Lucinta Luna tu selamba je masuk TV. X kena banned plak yer mcm sajat.
Quote missbigrockstar 19-9-2019 05:03 PM
Aku suka nonton kartun spongebob sampaikan rasa teringin nak makan crabby patty sebab dlm kartun tu digambarkan betapa sedapnya burger tu
Quote Gomea 21-9-2019 04:23 PM
Dengan kartun pun nak terpengaruh ke? Ada akal pon tak reti guna ke?
Quote tikusmontok 21-9-2019 04:35 PM
Baling pasu kaktus salah.baling taik tak salah.
Quote gideoncross 30-4-2020 10:16 PM
SS slh, klau Shitnetron yg Bu Peri x slh plak. Bodoh.
Quote Tinot7 1-5-2020 01:07 AM
Iols tak minat spongebob ni. Lawak dia byk utk org2 lebih dewasa.
Quote damsel_fiji 1-5-2020 01:08 AM
kalu ikutkan tom n jerry yg yg katun klasik dulu2 tu lagi ganas
Quote beta_carotene 1-5-2020 01:15 AM
cartoon ni designed utk mak2 bapak budak je sebenarnya
sama macam simpsons, futurama, family guy

budak2 tak paham sgt pun ape yg berlaku

kartun utk budak2 macam paw patrol, dora the explorer, super wings bagai tu yg explain satu2

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.182626 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top