Isu rumah sewa kotor hingga dibiarkan berulat bukanlah perkara baru. Namun, kali ini agak berbeza kerana ianya berlaku di Mesir dan dionarkan oleh pelajar Malaysia di sana. Sifat pengotor itu rupa-rupanya bukan dilakukan oleh ramai orang, tetapi seorang sahaja pelajar. Meloyakan. Bagaimana dia boleh tinggal dalam situasi begini? Lebih memalukan ialah pelajar tersebut belajar di bidang perubatan dan seorang perempuan! Menurut pemilik akaun, Hyajaa, kejadian itu terbongkar apabila 'junior'nya membantu jiran mereka mengemas rumah sewa kerana pelajar tersebut pulang ke tanah air untuk bercuti selama tiga bulan. Bakal doktor tersebut juga sentiasa berdolak-dalik dengan tuan rumah apabila dihubungi. Apabila melihat setiap gambar yang dikepilkan, timbul rasa loya dalam kalangan warganet. Dengan keadaan peti sejuk yang sudah bertelur lipas serta sisa makanan tidak dibuang sudah membuatkan ramai yang berasa loya. Belum termasuk lantai berkerak, barang-barang dapur bersepah, buku bertaburan, sinki penuh dengan lendir dan lumut hijau sudah jelas memaparkan betapa pengotornya penyewa tersebut. Lebih mengejutkan lagi ialah penemuan kucing yang sudah mati (tidak diceritakan tempohnya mati) menegaskan bahawa bakal doktor wanita ini tidak kisah dengan persekitaran dirinya. Ramai
warganet berasa terkejut dengan keadaan rumah tersebut. Dalam masa sama
berasa pelik bagaimana penyewa itu boleh tinggal dalam rumah yang
langsung tidak terurus. Hal ini menyebabkan mungkin tuan rumah di Mesir itu mempunyai pandangan negatif terhadap orang dari Malaysia nanti. Jadi,
apa penyelesaian dari tragedi ini? Tiada lain melainkan penyewa
tersebut benar-benar bertekad untuk mengubah dirinya dan menjadi lebih
rajin untuk mengemas. Apa pandangan anda? - CARI |
1
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
1
Sedih |
1
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Boomibulat replied at 19-9-2019 09:39 AM
Kucing tu pengsan ke dah mati..
nazzse replied at 19-9-2019 09:42 AM
pengotor nak mampus..tengok gambar pun meremang bulu roma, geli...binatang pun tak sanggup hidup tem ...
ADVERTISEMENT