Filem Dendam Pontianak yang didakwa sangat bagus hingga pecah panggung di Singapura nampaknya tidak menambat hati penonton di Malaysia. Ramai yang berpendapat jalan ceritanya terlalu perlahan, tidak seram seperti diwar-warkan, perkembangan watak melompat-lompat, ada yang tidak logik dan kesudahan yang tidak menarik. Biarpun dibarisi pelakon gred A seperti Fazura, Remy Ishak, Namron, Tony Eusof dan lain-lain, nampaknya ia cuma mampu menarik peminat mereka ke panggung tetapi tidak memuaskan hati hingga ada yang meminta duit mereka kembali!
Rata-rata warganet berpendapat filem tersebut tidak seperti yang mereka harapkan. Tiada elemen seram malahan Fazura dan Remy Ishak pun tidak membantu. Ada pula yang menegaskan bahawa watak Mina sepatutnya dipegang Maya Karin dan bukannya Fazura! Bagaimanapun, tidak semuanya berpandangan negatif. Ada juga yang positif apabila menyatakan filem genre seram sendiri membawa pembaharuan. Jadi, terima sahajalah. Bak kata rakan artis, Redza Minhat "Well made and not your typical cerita hantu." Sementara Sharifah Amani pula berkata lakonan Fazura lebih menyerlah kali ini. Adakah filem ini tidak menepati citarasa kebanyakkan penonton Malaysia atau kita yang tidak bersedia menerima pembaharuan ini? - CARI |
supermum replied at 18-9-2019 12:26 PM
Bagus kalau tak seram, baru aku berani nak tengok hahha
mohdcrow replied at 18-9-2019 12:52 PM
Bila pulak filem pontianak seram, even phsm pun tak seram, lebih kepada konflik jer
supermum replied at 18-9-2019 12:26 PM
Bagus kalau tak seram, baru aku berani nak tengok hahha
chinta89 replied at 18-9-2019 04:14 AM
komen aku... aku x kan pegi wayang tgk cter melayu kecuali betul222222222222222222222222 dikomenkan ...
ADVERTISEMENT