Jika kita masih ingat, pada tahun lepas filem One Two Jaga arahan Nam Ron berjaya merangkul sehingga enam anugerah di Festival Filem Malaysia ke 30 termasuklah kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik.
Filem itu juga berjaya merangkul dua anugerah di peringkat benua, iaitu di ASEAN International Film Festival And Awards (AIFFA) dalam kategori Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik.
Namun begitu, filem ini tidak menerima sambutan yang begitu menggalakkan. Malah ada sesetengah penonton tidak jelas pun akan kewujudan filem tersebut, ada juga yang mengatakan promosi yang dilancarkan terhadap filem tersebut tidak begitu menggalakkan. Pada tahun ini pula, filem Fly By Night arahan Zahir Omar juga diraikan dan ditayangkan di festival-festival filem antarabangsa seperti di Santa Barbara Film Fest 2019 dan New York Asian Film Fest 2019, namun tetap tidak mendapat kutipan yang memberangsangkan di pasaran tempatan. Kedua-dua filem Fly By Night dan One Two Jaga kini boleh ditonton melalui laman strim online, Netflix.
Pernahkah kita terfikir, apa yang menyebabkan filem-filem tempatan yang hebat seperti ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan? Adakah kerana wujudnya mentaliti bahawa kesemua filem tempatan tidak berkualiti dan tidak berbaloi untuk ditonton di pawagam? Jika begitu, agak mustahil untuk filem-filem seperti Munafik 2 dan Sangkar menerima sambutan yang hebat, bermakna masyarakat tidaklah seharusnya seratus peratus dipersalahkan. Mungkin kaedah promosi juga salah satu kelemahan filem-filem tempatan yang datangnya bukan dari produser-produser gergasi seperti Astro Shaw dan media Primeworks. Ada betulnya, kerana berapa kali saja kita dapat lihat iklan One Two Jaga atau Adiwiraku dimainkan di televisyen atau di papan tanda gergasi di tepi lebuh raya? Berbeza dengan Boboiboy Movie 2 dan Sangkar, cara promosinya agak hebat dan meluas bukan saja di media televisyen, namun di media-media sosial juga rancak. Dengan itu, penonton lebih peka dengan kewujudan filem tersebut, juga menarik minat mereka untuk menontonnya. Namun ada satu lagi faktor yang mungkin kita terlepas pandang dalam perkara ini. Bagaimana dengan tempat dan waktu tayangan filem-filem ini? Adakah filem tempatan ditayangkan seadilnya jika dibandingkan dengan filem-filem inggeris? Adakah tempoh dan waktu tayangannya bersesuaian, atau filem Hollywood diberi keutamaan dalam perkara ini? Telah banyak kali kita dengar filem tempatan dimainkan tak sampai dua minggu tayangannya, dan ini bukanlah sesuatu yang aneh lagi. Selain itu, terdapat juga kes di mana filem-filem tempatan hanya dimainkan pada waktu-waktu yang tidak bersesuaian. Ada yang dimainkan hanya pada waktu pagi saja, dan itu merupakan satu-satunya waktu tayangan yang ada. Contoh terkini ialah filem Suatu Ketika yang ditayangkan bermula 12 September lepas. Filem ini menerima respons yang sangat positif dari para penontonnya, sekaligus menarik perhatian orang lain untuk pergi menonton. Namun tidak sampai seminggu dimainkan, telah keluar senarai beberapa pawagam yang telah menghentikan tayangan filem tersebut. Ia seakan-akan syarikat pawagam tidak sabar untuk berhenti memainkan filem tempatan, sekaligus menyuap kita dengan filem-filem Hollywood. Kes yang hampir sama terjadi kepada filem Dendam Pontianak yang turut ditayangkan pada tarikh yang sama, 12 September. Waktu tayangan yang kurang bersesuaian iaitu sama ada pagi sebelum jam dua belas atau tengah malam. Ini merupakan respon yang menekankan isu ini. Diharapkan agar pihak pawagam lebih berlaku adil terhadap filem-filem tempatan kerana bulan ini merupakan bulan yang gemilang bagi filem-filem tempatan yang hebat. Kita ada Sangkar, Suatu Ketika, Dendam Pontianak, Wangi, M for Malaysia dan akan datang, Motif. Selaku penonton, kita patut sedar bahawa kualiti filem kita bukan lagi di tahap filem rempit, hantu komedi dan kahwin paksa. Industri filem Malaysia kian berevolusi, dan jika bukan kita yang menyokongnya, siapa lagi? - CARI |
Beribear replied at 21-9-2019 09:48 AM
Mmg tak minat nak tengokk.. Maaf katalah ye.. Iolss tengok paskal tu pon mcm citer gerak2 khas.. Cum ...
Beribear replied at 21-9-2019 09:48 AM
Mmg tak minat nak tengokk.. Maaf katalah ye.. Iolss tengok paskal tu pon mcm citer gerak2 khas.. Cum ...
ADVERTISEMENT