Minggu kelima program Big Stage 2019 menyaksikan penyingkiran dua peserta iaitu Syada Amzah dan juga peserta Thailand, Chaleeda Gilbert. Sering berada di 3 tangga terbawah, Chaleeda akui menerima keputusan penyingkiran ini dengan hati yang terbuka.
Katanya, dia berasa bersyukur dengan sokongan peminat kerana dia menjangkakan tersingkir pada minggu pertama lagi. "Sejujurnya, saya berasa terharu atas sokongan peminat selama beberapa minggu ini. Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi diri saya. "Setiap minggu, peminat berharap agar saya memberikan persembahan yang lebih baik serta ada peningkatan dalam nyanyian.
"Saya bersyukur walaupun pada awalnya saya menjangkakan akan tersingkir pada minggu pertama tetapi saya masih di sini atas sokongan mereka," katanya kepada Astro Gempak. Pun begitu, Chaleeda akui berasa tertekan dengan komen diberikan ke atasnya di laman sosial. Di situ, ramai warganet yang menyelarnya dan mengkritik persembahannya yang dianggap teruk. Berikut merupakan komen warganet tentang Chaleeda: "Saya mula membaca komen-komen daripada peminat di laman Twitter mulai minggu kedua. Saya tidak tahu, tetapi secara tiba-tiba saya boleh memahami Bahasa Melayu. "Saya berasa tertekan selepas membaca komen tentang diri saya. Saya tak sangka seramai itu orang yang tidak menyukai akan persembahan saya. "Sepanjang hidup saya, ini adalah tekanan paling hebat yang pernah dirasai.
|
ADVERTISEMENT