Dipercayai terlibat dalam siri kebakaran di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lalu, dua beradik 11 dan 10 tahun ditahan pihak polis.
Sinar Harian melaporkan, tangkapan itu dibuat pada 12 tengah hari kelmarin. “Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan. “Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat. Sebelum ini tular mengenai kanak-kanak itu yang sengaja membakar rumah berikutan seronok melihat bomba yang datang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” kata Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli. Difahamkan penduduk kampung mendakwa kanak-kanak tersebut sering dilihat memasang bunyi siren bomba di telefon bimbit mereka sambil berlari keliling kampung. - CARI
|
ADVERTISEMENT