Siapa sahaja yang tidak tahu akan Bukit Broga, bukit yang sentiasa menjadi pilihan para pendaki untuk aktiviti 'hiking' mereka. Bukit yang terletak di Semenyih ini terkenal dengan pemandangan matahari terbit yang cukup indah, membuatkan para pendaki kebiasannya memulakan pendakian seawal selepas subuh.
Namun tidak semua yang indah kekal lama, Bukit Broga dilaporkan terbakar pada 16 September lepas. Menurut Harian Metro Online, kawasan seluas 2.8 hektar terbakar, dipercayai berpunca daripada aktiviti tidak bertanggungjawab para pendaki bukit. Walau bagaimanapun, kebakaran di Bukit Broga berjaya dipadamkan sekitar jam 7.32 petang pada hari yang sama, namun punca kebakaran sebenar masih dalam siasatan pihak yang bertanggungjawab. Kejadian kebakaran tersebut berjaya dirakamkan seorang pendaki yang berkongsikan rakam tersebut di laman Twitter miliknya. Ekoran daripada kawasan Bukit Broga yang terbakar ini, Selangor Lestari telah menganjurkan Healing Broga 2.0, sebuah kempen penanaman pokok dan pembersihan sampah untuk mengembalikan keindahan Bukit Broga seperti dahulu kala. Kempen ini bakal berlangsung pada 21 September, bermula jam 7.00 pagi. Buat anda yang mempunyai masa lapang dan berminat untuk menyertai kempen ini, bolehlah sumbangkan tenaga anda untuk kempen Healing Broga 2.0 ini. Cintai alam sekitar! - CARI
|
nuryakmal replied at 17-9-2019 11:50 AM
buang putung rokok ke masak maggi atas tu?
laksmanabentan replied at 17-9-2019 12:21 PM
PPRT sangat kat atas tu nak buka table jual2 ler...
da ler kawasan kat atas tu sempit...
selfish s ...
CrowneGlory replied at 17-9-2019 12:21 PM
dan2 la pendaki yg punya pasal...ntah2 apek bodoh yg concur tmpt tu yg bakar..laluan ke 2 yg free tu ...
ADVERTISEMENT