CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pasangan Sindrom Down Pertama Berkahwin Kini Berdepan Masalah Dimentia

15-9-2019 09:43 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 7330| Komen: 38|Original author: Nia M

Kuasa cinta memang hebat. Apabila dua hati bersatu, tiada apa yang dapat menghalang.

Pasangan Maryanne Pilling dan Tommy Pilling memilih untuk berkahwin pada Julai 1995 sekali gus menjadikan mereka pasangan sindrom down pertama yang berkahwin. Sindrom down ialah kecacatan genetik yang mengakibatkan masalah pertumbuhan terbantut, kemampuan intelektual yang terbatas serta beberapa lagi masalah lain.


Kredit foto: Fb

Namun begitu, bagi Maryanne dan Tom, itu bukanlah penghalang cinta mereka. Bahkan perkahwinan mereka sudah pun menginjak usia 24 tahun. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin hanya setelah 18 bulan mengenali hati budi, kerana Maryanne sangat mengimpikan memakai gaun putih perkahwinan.


Kredit foto: Fb

Pasangan ini turut mempunyai satu laman Facebook khas untuk pengikut-pengikut mereka.



Walau bagaimanapun, sejak 5 tahun lalu, Tommy disahkan menghidap Dimentia iaitu penyakit nyanyuk sehingga menyebabkan dia seringkali terlupa siapa Maryanne.

Setiap malam, Tommy akan menolak Maryanne dan berkata, "Saya tak tahu siapa awak, dan saya tak cintakan awak". Akibatnya, Maryanne menjadi sangat sedih.

Keluarga mereka turut bimbang memikirkan ulang tahun perkahwinan mereka sudah hampir tiba dan Tommy tidak ingat siapa Maryanne. 

Disebabkan kondisi Tommy, dia mungkin terpaksa diletakkan di bawah jagaan pihak kebajikan. Pihak keluarga bagaimanapun meyakinkan Maryanne penyakit Tommy akan pulih seperti sediakala.

Sedih kan kalau pasangan terkena Dimentia? Hanya orang yang tabah sahaja mampu bertahan. Semoga Maryanne bersabar bersama Tommy! - CARI


9

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 15-9-2019 09:52 AM
Sedih ooooiii.. Kalau org yg kita cintai sepenuhnya hati tak ingat diri kita..
Quote sarahmirza 15-9-2019 09:55 AM
sarah82 replied at 15-9-2019 09:52 AM
Sedih ooooiii.. Kalau org yg kita cintai sepenuhnya hati tak ingat diri kita..

Takpe la....
Bukan sengaja dia tak ingat.....
Kalau sengaja kita bomohkan aje...
Hahahaha
Quote sarah82 15-9-2019 09:57 AM
sarahmirza replied at 15-9-2019 09:55 AM
Takpe la....
Bukan sengaja dia tak ingat.....
Kalau sengaja kita bomohkan aje...

Hahaha.. Kalau sengaja mmg kena bomohkan saja..
Quote gularempah 15-9-2019 10:04 AM
Sedihnyaaaa
Quote ketambangkang 15-9-2019 10:10 AM
baru ni tgk tamil movie kat astro 241..kisah dimensia jgk la..sedih dohhh..House Owner tajuk dia
Quote fox. 15-9-2019 10:55 AM
Macam2 dugaan
Quote KIM.K 15-9-2019 10:56 AM
Susah nak describe cabaran nyanyuk ni. Sedih tengok orang tua fighting nyanyuk..serba salah dibuatnya
Quote Malaysia.Doom 15-9-2019 11:03 AM
sarah82 replied at 15-9-2019 09:52 AM
Sedih ooooiii.. Kalau org yg kita cintai sepenuhnya hati tak ingat diri kita..

Apatah lagi kalau tengok muka je dah Rasa benci meluap-luap Kan.
Quote Gomea 15-9-2019 11:17 AM
Mintak2 suami dia dapt ingatlah bini dia. Tgk macam loving couple
Quote chinta89 15-9-2019 11:24 AM
kalau tunjuk2 gmbr n video masa lalu diorg, dia bolet terima tak even x ingat apepun memori tu....... ke tetap x nak terima?

Teringat kisah Ghanjini lakonan Aamir Khan; tp ni stuasi berbeza ye cuma nk related psl mslh ingatan xde dlm minda.. Setiap 15 minit dia lost ingatan, so x ingat dh sape2 dan ape yg tjadi. Tgh eksen gaduh ngn penjahat tiba2 x ingat dh itu penjahat, dia jadi blurr. Oleh sb dia ada short lost memory, dia akan tulis semua benda dlm buku, bgn pagi dia akan baca dan akan bls dendam kat org sepatutnya.
Quote slyfynx 15-9-2019 11:44 AM
*dementia.
Quote underground 15-9-2019 12:33 PM
chinta89 replied at 15-9-2019 11:24 AM
kalau tunjuk2 gmbr n video masa lalu diorg, dia bolet terima tak even x ingat apepun memori tu...... ...

tak jadi juga. sebab ni soal hati.

hati tak sayang, tunjuk la proof apa pun, tak jadi.

macam kes Laura dan Brayden, bini kena hempap tiang kat kepala dalam satu event, otak cedera, koma.

sedar2 dah memory loss part dia kenal dan kawin hubby dia.

bini dia tak kenal langsung laki dia dah.

so, laki dia kena ngorat dan try semula untuk kenal dan jatuh cinta dan kawin semula.


Quote moonbug 15-9-2019 01:02 PM
24 years of marriage, lama tu. Orang normal pun tak ramai boleh stay married that long.
Quote Pamelaloba 15-9-2019 01:07 PM
Sedihnya orang yang kita sayang tak kenal kita sob sob
Quote jazaa100 15-9-2019 01:15 PM
Edited by jazaa100 at 15-9-2019 01:17 PM
sarah82 replied at 15-9-2019 09:52 AM
Sedih ooooiii.. Kalau org yg kita cintai sepenuhnya hati tak ingat diri kita..


Ok lagi dia x ingt sbb penyakit.....

Lg teruk klu dia tak ingt sbb dah jumpa org lain....
Quote sarah82 15-9-2019 01:19 PM
jazaa100 replied at 15-9-2019 01:15 PM
Ok lagi dia x ingt sbb penyakit.....

Lg teruk klu dia tak ingt sbb dah jumpa org lain....

Betul.. Bila jadi mcm tu lagi sedih tambah2 kita setia kan..
Quote jazaa100 15-9-2019 01:20 PM
sarah82 replied at 15-9-2019 01:19 PM
Betul.. Bila jadi mcm tu lagi sedih tambah2 kita setia kan..


Tapi lg sedih berganda ganda bila dlm hidup tak de sapa nk ingat mcm @Malaysia.Doom
Quote sarah82 15-9-2019 01:23 PM
jazaa100 replied at 15-9-2019 01:20 PM
Tapi lg sedih berganda ganda bila dlm hidup tak de sapa nk ingat mcm @Malaysia.Doom

Dah2..nanti akk pulak dia maki hamun...
Quote Malaysia.Doom 15-9-2019 01:40 PM
jazaa100 replied at 15-9-2019 01:20 PM
Tapi lg sedih berganda ganda bila dlm hidup tak de sapa nk ingat mcm @Malaysia.Doom

Sedih nye matlamat hidup sis

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045334 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top