Jika kebanyakan orang gemar bergambar di kafe hispter mahupun tempat peranginan yang indah, namun berbeza pula dengan jejaka ini. Ameer Roslyn, 28 lebih cenderung bergambar dengan sampah sarap. Memang pelik kan?
Namun, menurut anak muda ini, tindakannya itu ada bersebab iaitu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesan pembuangan sampah. Ia juga sekaligus menggalakkan semua orang untuk menjaga kebersihan di sekeliling kita. "Orang kalau nak bergambar latarnya mesti bersih dan cantik ya tak? Kalau tak, macam mana nak ‘post’ dalam Instagram atau Facebook. Mesti tak dapat ‘like’,” tulisnya di Facebook.
“Tak mustahil lepas ni setiap tempat percutian yang kamu pergi akan hancur dan kotor sebiji macam gambar ini kalau kamu masih mempunyai jiwa pengotor," katanya lagi. Dalam hantaran Facebook seterusnya, dia berharap mereka yang sering membuang sampah merata-rata agar mendapat hukuman setimpal. Apa pula pendapat anda? - CARI |
tom2 replied at 13-9-2019 04:31 PM
semoga....? sila sambung
crazybeach replied at 13-9-2019 10:04 PM
karang dah viral nanti ramai pulak yang panjang akal gi prepare siap2 sampah then tabur merata lepas ...
Kurex replied at 13-9-2019 06:28 PM
Sedap jugak lengan dia ni
ADVERTISEMENT