Siapa tak rindu dengan tunang sendiri kan? Intan Najuwa pun sama. Di Instagram, dia meluahkan rasa rindu yang teramat sangat pada Razrul Anwar Rusli kerana berasda jauh di sisinya. Intan berkata, dia menjalani penggambaran di Langkawi dan disebabkan itulah tak dapat jumpa.
"Merindui tunangku. Tolong jadi baik semasa ketiadaan saya.Bencinya bila berjauhan dengan awak. "Tapi saya faham kita kena kerja keras untuk capai matlamat hidup. Sentiasa mencintaimu!" tulisnya di Instagram.
Di ruangan komen, para peminat masing-masing mendoakan pasangan yang sama cantik sama padan ini supaya sentiasa berbahagia. Ada juga yang sedih tengok Intan terpaksa berjauhan dengan yang tercinta.
Tabahlah ya Intan menghadapi saat-saat sukar begini. Dah habis shooting nanti luanglah masa bersama-sama okay? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|