Pejam celik, pejam celik, Raja Ilya dah kahwin selama sembilan bulan rupanya. Ilya dan suaminya, Garrett Trent bernikah pada 28 Disember tahun lepas di Australia dalam satu majlis yang dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Kali ini, satu majlis resepsi bakal diadakan di Subang untuk meraikan ahli keluarga, sahabat handai serta rakan selebriti. "Save the date, 19.09.2019," katanya.
Di Instagram, pelakon ini ada memuat naik beberapa video teaser, memaparkan Ilya memakai gaun pengantin. Cantik sungguh, mesti meriah majlis nanti kan?
Di ruangan komen ada juga yang mempersoalkan kenapa selepas sembilan bulan baru nak buat majlis resepsi? Kalau hamil dah bersalin!
Tak kisahlah, mungkin Ilya rancang majlis tersebut dengan penuh teliti agaknya. Tunggu sajalah gambar-gambar kahwin yang akan membanjiri Intagramnya nanti. Jadilah dapat tengok gambar kan? Semoga sentiasa berbahagia ya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|