CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tiga Tahun Patah Bahu

4-10-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2962| Komen: 15


Khairul menunjukkan keadaan Adam yang asyik menangis dan terpaksa dipakaikan kain anduh sepanjang masa.

SUBANG JAYA – Berkemungkinan cacat kekal seumur hidup.

Itu yang terpaksa ditempuhi kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas bahu kirinya disahkan patah ketika berada dalam jagaan sebuah taska di USJ 3.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Khairul Helmi Hussain, 29, berkata, dia dimaklumkan kejadian oleh pemilik taska kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu selepas anaknya, Adam Hazimi dikatakan tidak berhenti menangis dari jam 12 tengah hari.

Khairul berkata, isterinya yang berada di tempat kerja bergegas pulang dan terus ke taska jagaan itu.

Sebaik tiba di taska, Adam masih tidak berhenti menangis dan apabila perkara itu ditanyakan kepada pekerja pusat jagaan kanak-kanak terbabit, mereka memaklumkan tidak tahu punca keadaan itu berlaku.

Bimbang sesuatu yang buruk apabila melihat anaknya tidak boleh bangun, Khairul berkata, dia dan isterinya membawa Adam ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pemeriksaan x-ray dijalankan mendapati tulang bahu kiri anaknya patah, disebabkan Adam masih kecil doktor memberitahu pembedahan tidak boleh dijalankan.

Sejak kejadian itu, katanya, Adam sering menangis dan merengek kerana sakit di bahagian yang patah itu

Katanya lagi, apabila isterinya menghubungi pihak taska pada hari kejadian, pemilik memberitahu anaknya mengadu sakit bahu sebelum itu.

Apa yang dikesalkan hanya selepas lima jam anaknya menangis baru perkara itu dimaklumkan kepadanya.

Khairul berkata, kini tangan Adam terpaksa dibalut dengan kain anduh sepanjang masa dan tidak mampu mengangkat tangannya.

Dia pula terpaksa mengambil cuti tanpa gaji menjaga Adam untuk mengelakkan kecederaan dalaman itu bertambah serius.

Laporan doktor turut memberitahu kecederaan berlaku mungkin akibat ditolak dengan kuat atau terlanggar sesuatu.

“Sebelum ini saya pernah membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak selesa melihat pihak taska mencampurkan kanak-kanak kecil dengan yang lebih besar.

“Anak saya selalu balik dengan kesam lebam di badan. Dulu saya boleh tutup mata, sekarang adakah pihak berkuasa mahu melihat kanak-kanak menemui maut baru tindakan diambil,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Khairul berkata, dia membuat laporan di Balai Polis USJ 8 berhubung perkara itu dan tidak teragak-agak  memfailkan saman terhadap taska berkenaan sebagai pengajaran kerana lepas tangan terhadap apa yang berlaku.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 4-10-2013 10:51 AM
kang jap  lg kuar la ayat "kalu nak jaga bebaik, jaga sendri....x pyh keje"
Quote prettyuglybabe 4-10-2013 11:14 AM
kasihan..

Quote vv2005 4-10-2013 11:16 AM
haruslah posted on 4-10-2013 10:51 AM
kang jap  lg kuar la ayat "kalu nak jaga bebaik, jaga sendri....x pyh keje"

HEHEHE..bukan senang nak jaga anak orang ni..
Quote xdielzx 4-10-2013 11:17 AM
Kalau dah byk kali anak balik dgn lebam2 awat gi hantar kat taska yg sama?

Biasanya kalau clavicle fracture budak2 akan amik masa 3minggu-sebulan utk tulang tu cantum semula.. takyah buat operation pon most of the time unless ada vessel or nerve injury/open fracture (ada luka dan nampak tulang terjojol keluar)...
Quote leylapple 4-10-2013 11:20 AM
huh..

anak aku balik dari taska penuh dgn gigitan nyamuk pun aku komplen..

last2 aku kluarkan anak aku dari taska tu...

kalo kene denggi bukan anak org empunya taska...anak aku jugak yang sakit...

Quote wajaman 4-10-2013 11:23 AM
celaka la taska2 nie...da baper jam br nk call parents...lembab
Quote sapp73 4-10-2013 11:37 AM
kesiannya...masa jari kakiku retak dulupun tak tertahan sakitnya inikan pula tulang bahu patah   
Quote ell768 4-10-2013 11:39 AM
banyak betul taska hat jenis nak duit jer..tp kejenye buat mcm haram..
Quote scarflicious 4-10-2013 11:54 AM
senang je org ckp kan.

Kalau boleh aku pon nak keluarkan anak dari taska. Tap masalahnya aku keje. aku yg keje ni  masuk dlm taraf fakir miskin tegar.!! ni kalau aku tak keje tatau masuk dalam kategori apa.

Sbb aku tak puas hati gila dah bagi tau banyak kali anak aku ni allergic susu lembu. Jgn kasi biskut. milo ka. or whatever yg related dgn susu. tapi depa tetap gak kasi. udah nya anak aku cirit beret. Aku dah kata kasi nasik  ka...bubur ka ok. Bukan bayar murah. Kat hujung kampung ni pon ha...bayarnya lagi mahal dari Shah Alam.

Aku nak ckplah satu benda aje dgn taska ni..............tolonglah jaga anak2 ni dgn elok. If anak cedera ka...nanges ka...sakit ke...SEGERALAH CALL. jgn anak dah mati pon tak kasi tau!
Nak letak tempat lain jauh dari rumah. tak satu hala. Udahlah aku keje JAUH.

Quote undark 4-10-2013 11:58 AM
vv2005 posted on 4-10-2013 11:16 AM
HEHEHE..bukan senang nak jaga anak orang ni..

kalau x mampu jgn la jaga & ambik upah

Quote sashin 4-10-2013 11:59 AM
saman jangan tak saman !
Quote kakiputaralam 4-10-2013 12:09 PM
berat mata memandang,

berat lagi BAHU memikul

Quote mawarika 4-10-2013 12:19 PM
Aduh.. Baru nak start kerja... Risau pulak nk anta taska atau amek maid lg
Quote BebeQ 7-10-2013 10:56 AM
owner taska anak aku dia lulusan guaman. kejap je jadi peguam, lps tu dia run 2 biji taska/tadika.
agak2 apa2 jadi, kira aku lawan dgn peguam la. pertempuran hebat tu~
Quote Modngengade 7-10-2013 06:42 PM
Taska lagi...taska ni nk kaut keuntungan jer...bukan nk jaga budak elok2

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.139515 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top