Roshidi terpaksa menerima hakikat tangannya terpaksa dipotong selepas tersepit dalam tali enjin mesin padi KUALA NERANG - Seorang petani nyaris maut apabila terjatuh dari mesin padi menyebabkan tangan kirinya tersepit dalam enjin jentera itu hingga terpaksa dipotong. Dalam kejadian jam 9 malam Rabu lalu, Roshidi Samsu, 41, terjatuh dari mesin padi selepas melihat hasil padinya yang diambil dari mesin itu. Menurutnya, selepas melihat hasil padinya dalam kebuk mesin itu, dia cuba turun dan tiba-tiba tergelincir menyebabkan tangan kirinya termasuk dalam tali enjin bersebelahan mesin padi itu. "Saya menjerit meminta tolong kepada pemandu mesin padi itu kerana tangan saya sudah termasuk dalam tali enjin itu. Tali enjin sudah menarik seluruh tangan masuk ke dalam mesin itu. "Nasib baik pemandu itu dengar dan menutupnya, tetapi tali enjin itu terus menarik tangan saya hingga hampir ke leher ke dalam enjin mesin itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung, dekat sini, semalam. Roshidi berkata, dia terpaksa menjerit meminta pertolongan hinggalah pembantu pemandu datang lalu membuka dan merenggangkan tali itu. Menurutnya, semasa tangan dibelit tali enjin, darah dari tangannya keluar hingga bajunya dipenuhi darah. Bagaimanapun, pada masa itu, dia tidak rasa sakit, sebaliknya hanya kebas sahaja. “Walaupun keadaan agak kelam kabut, tetapi saya tetap tenang sambil memapah tangan kiri yang sudah terkulai dan tulang bahu tertonjol keluar hinggalah dibantu penduduk kampung dengan membawa saya ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapat rawatan dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar," katanya.
|
23
Bagus |
7
Marah |
15
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
haryatie posted on 4-10-2013 10:05 AM
alahai sian nyer.....
ngeri...
aku luka sikit pun da mcam tenat sgt..
dino posted on 4-10-2013 05:06 PM
rasa sakit tu kite rasa nak elak dr kite cedera..... otak yg interpret segala tuh......
dlm keada ...
dino posted on 4-10-2013 05:06 PM
rasa sakit tu kite rasa nak elak dr kite cedera..... otak yg interpret segala tuh......
dlm keada ...
kucingTomey posted on 4-10-2013 05:10 PM
tu dipanggil rembesan adrenelin...macam kalau org tersesat dalam hutan...kaki parah...sakit mmg sa ...
kucingTomey posted on 4-10-2013 05:10 PM
tu dipanggil rembesan adrenelin...macam kalau org tersesat dalam hutan...kaki parah...sakit mmg sa ...
ADVERTISEMENT