CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perjalanan Ibu Tua Sejauh 214KM Bawa Keropok, Malang Dihalau Anak Sendiri

16-9-2019 10:47 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8285| Komen: 36|Original author: Sang_Pencinta

Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi mampukah 10 orang anak menjaga seorang ibu?



Kredit foto: Facebook


Seorang netizen dari negeri seberang telah berkongsikan sebuah video sedih yang menunjukkan seorang ibu tua dari Kota Jamber di Jawa Timur datang ke Bali untuk bertemu dengan anak-anaknya kerana rindu setelah lama tidak berjumpa, malangnya setibanya di rumah mereka, wanita itu malahan diusir dan tidak diakui sebagai ibu mereka.

Menurut Yuni Rusmini, beliau menemui ibu tua itu sedang menangis di tepi jalan berdekatan gerai. 

'Dia datang dari jauh, Kota Jamber ke Bali untuk berjumpa anak-anaknya yang dirindui kerana lama tidak balik kampung, tetapi malahan diusir dan tidak diakui ibu mereka' tulis Yuni.



Menurutnya lagi, ibu tua itu turut membawa bersamanya keropok kegemaran anak-anaknya sebagai buah tangan tetapi disambut dengan kurang ajar oleh anak-anaknya.


Kredit foto: Worldofbuzz


'Dia tidak mahu apa-apa dari anak-anaknya, hanya mahu berjumpa kerana rindukan mereka' tambah Yuni lagi.



Kredit foto: Facebook


Nasib baik ibu tua itu menemui beberapa orang penjual di gerai itu yang cuba menghiburkan hatinya. Kini ibu tua itu dikatakan akan meneruskan perjalanannya kembali ke Kota Jamber.

Perkongsian Yuni menarik ribuan komen netizen yang mengecam tindakan anak-anak kepada wanita tersebut. 

'Saya tidak tega menonton video ini, semoga umurnya panjang dan anak-anaknya sempat insaf' kata seorang netizen.


Kredit foto: Facebook


Semoga secebis kisah masyarakat ini menjadi tauladan kepada kita semua.-CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Mejami


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 16-9-2019 11:07 AM
i kalau baca cerita macam ni lebih suka dengar dua2 belah pihak sebab selalunya nenek/makcik/tok tua2 gini ada yang buat cerita x betul padahal orang elok ja sayang dia. banyak kali dah macam ni
Quote MadameOnion 16-9-2019 11:16 AM
Malin kundang
Quote top5complete 16-9-2019 11:54 AM
tanggang zaman moden, aku doakan anak dia balas apa yang dia buat dekat ibunya, amen
Quote Gomea 16-9-2019 12:01 PM
Betul ke? Ntah2 nenek ni dah nyanyuk. Buat2 crite.
Quote makita 16-9-2019 12:02 PM
Edited by makita at 16-9-2019 12:04 PM

Payah jugak kes gini. Meols ada mcik yg mmg x jaga anak2 dia sejak yg sulung umo 7 tahun yg kecik baby. Tgalkan gitu kt ex suami dan cari suami baru. Kwen byk kali last2 single jugak. Bila ank2 da besar dorg sendiri cari mak dorg. Mak dorg da sakit2 skrg da buta. Anak2 ni amek dan jaga sesama. Pdhal dorg adik beradik keje mcm kais pagi mlm jugak.
Ternyata suami pertama mcik meols tu org yg baik sgt2 x buruk kan ex wife dan didik nilai2 murni pd anak2 dan sanggup single sampai tua.
Jadi kalu kes ni ank2 pulak xmo tgok mak dia. Kesian nenek ni.
Quote Sang_Pencinta 16-9-2019 12:09 PM
Remuk hati dengar tangisan si ibu

Tapi mungkin juga ada sebab ditolak anak, cuma tak bolehkah berlembut demi ibu??
Quote Pamelaloba 16-9-2019 12:20 PM
Ohhhh indon . Ok next
Quote pinklepie 16-9-2019 01:17 PM
Boleh buat sinetron malin kundang 3
Quote ctaz 16-9-2019 01:39 PM
ini kalau ada setengah2 forumer....
akan ckp...kita perlu dgr crita sebenar dari anak2 dia dulu...

prftftftfttfftfftftfttttttf
Quote Cable 16-9-2019 01:55 PM
ctaz replied at 16-9-2019 05:39 AM
ini kalau ada setengah2 forumer....
akan ckp...kita perlu dgr crita sebenar dari anak2 dia dulu...
...

ko nyindir aku ke ni? tp aku x pnh lak ckp cm tu
Quote Foxey 16-9-2019 02:00 PM
Kesian tengok mbah ni. Sampai hati anak2 nya.
Quote najib888 16-9-2019 02:02 PM

Si tanggang...
Quote Pink_Purple 16-9-2019 02:21 PM
anak derhaka ada di mana2..
Quote Pikapikachu 16-9-2019 02:21 PM
sfrnna: i kalau baca cerita macam ni lebih suka dengar dua2 belah pihak sebab selalunya nenek/makcik/tok tua2 gini ada yang buat cerita x betul padahal orang  ...


True. Happened to my family juga. Letih nak explain dekat sedara mara..{:dot{:dot{:dot
Quote dramaking007 16-9-2019 02:41 PM
sfrnna: i kalau baca cerita macam ni lebih suka dengar dua2 belah pihak sebab selalunya nenek/makcik/tok tua2 gini ada yang buat cerita x betul padahal orang  ...


btoi jugak..ade something ka yg acik ni buat smpai semua anak2 dia menyirap......tp entahla tetao jugak salah nak halau org tua mcm ti walau apa sekalipun salah dia. {:question
Quote danieladam 16-9-2019 02:53 PM
ctaz replied at 16-9-2019 01:39 PM
ini kalau ada setengah2 forumer....
akan ckp...kita perlu dgr crita sebenar dari anak2 dia dulu...
...

Tapi memang kena dgr dua2 belah pihak dlu. Tak adillah dengar sebelah pihak, terus jatuh hukum...typical netizen.
Quote takayama 16-9-2019 03:10 PM
Moga ibu dan anak2 berbaik semula x kira apa salah si ibu ni, maafkan dan lupakan kisah silam
Moga makcik ni diberi kesihatan yg baik juga
Quote KIM.K 16-9-2019 03:31 PM
Pikapikachu replied at 16-9-2019 02:21 PM
True. Happened to my family juga. Letih nak explain dekat sedara mara..{:dot{:dot{:dot

Same

I just nak tengok hari dimana pengajaran tu sampai ke hati pemfitnah

kebanyakan yang dengki tak jaga ibubapa dengan baik semasa hayat. Tak ngam dengan mak mertua pun.  Sama ada sibuk life sendiri atau keras kepala




Quote epuepy 16-9-2019 03:53 PM
Nehii!  Tlg la. X kisah la mcm mne jahat pn mak, she still yr mom kot.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.195793 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top