Kisah rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad, 34 sekali lagi menjadi bualan hangat selepas pelakon itu dilaporkan menolak permohonan cerai isterinya, Noor Nabila, 34 pada 27 Ogos lalu. Ia juga disulami dengan kisah apabila adik iparnya, Neelofa seakan-akan menulis tweet yang menujukan kepadanya semalam. Menerusi tweet yang tular itu, Neelofa seperti sedang menyindir seseorang dan ramai yang mengaitkan dengan Sharnaaz.
Pun begitu, Sharnaaz akhirnya membuka mulut tentang hal ini. Katanya, dia tidak tahu-menahu dengan tweet tersebut, malah sama ada ia ditujukan buat siapa. "Saya tak tahu dan tak penting," katanya kepada Harian Metro. Sharnaaz juga nampaknya tidak mahu mengambil pusing hal itu. "Saya tak tahu, mungkin Tom Hanks kot," katanya lagi.
Menerusi laman IG, Sharnaaz dilihat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sering mendoakan diri dan keluarganya. "Terima kasih atas doa semua. Saya doa Allah rahmati setiap insan mendoakan saya dan keluarga. Terima kasih," tulisnya di IG stories. |
Boomibulat replied at 12-9-2019 05:52 PM
Semoga lofa x mendedahkan kisah rumahtangga kami kat socmed nti...
sarah82 replied at 12-9-2019 09:55 AM
Brp byk isteri ang nak ada boomi?
AbukRokok replied at 12-9-2019 12:11 PM
ko amik neelfoa jadi bini kedua.... siblings burger
munchkin replied at 12-9-2019 12:57 PM
Aku sokong kak nab.
Org dah tak nak. Lepas kan ajalah.
ADVERTISEMENT