Seorang lelaki warga Sri Lanka parah selepas kemaluan dan lehernya dikelar menggunakan pisau oleh isteri di Jelapang, Ipoh malam tadi. Memetik laporan Harian Metro, wanita itu bertindak demikian akibat perasaan cemburu dan melakuan perbuatan tersebut ketika mangsa sedang tidur di rumah sewa mereka.
Pihak polis berkata siasatan awal mendapati suspek dan mangsa berselisih faham. Suspek, 48 kemudian mengelar mangsa yang berusia 40 tahun dengan pisau pada bahagian kemaluan dan leher sebelum melarikan diri. “Isterinya melarikan diri. Mangsa kemudian meminta pertolongan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.
“Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan stabil ketika ini,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh. Superintendan Mohd Nordin Abdullah juga berkata pihak polis sudah menemui pisau yang digunakan oleh suspek di lokasi kejadian. “Siasatan juga mendapati pasangan itu memasuki negara ini secara sah sebagai pelancong dan hidup secara berpindah-pindah dari satu negeri ke satu negeri yang lain,” katanya lagi. - CARI
|
mariam69 replied at 12-9-2019 01:43 PM
Ini bukan pertama kalinya Acen melukai suaminya. Tahun lalu, dia mematahkan tulang selangka pria ini ...
ADVERTISEMENT