Untungnya jadi Ruhainies. Kalau sebut tentang aktres ni, dah tentulah cerita tentang kekasihnya saja. Jarang pula kita dengar tentang perkembangan kariernya. Tak kisahlah, yang penting Ruhainies memang seorang yang bertuah.
Buktinya? Kali ini kekasihnya Mr E sanggup bawa sepinggan nasi kandar dalam Ferrari semata-mata nak suap Ruhainies. Menurut status di Twitter, Ruhainies tak nak makan di kedai sebab selekeh. Tak sangka pula Mr E bawa pinggan masuk dalam kereta. "Macam manalah I tak sayang dengan dia?" tulisnya.
Di ruangan komen, ramai dah nak termuntah! Geli sebab terlampau menunjuk-nunjuk. Ramai juga yang kata kalau nak bermanja, tak payahlah nak beritahu satu dunia. Tak berdiam diri, Ruhainies ada juga membalas komen-komen pengguna Twitter. Biarlah dia, tak payahlah nak kecam. Daripada mengutuk, ada baiknya kita usaha cari kekasih macam Mr E juga. Mana tahu boleh jumpa, tak begitu? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|