Selepas sahaja ditabalkan menjadi Agong yang ke-16, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menjadi perhatian rakyat kerana sikapnya yang merendah diri selain sering bersama dengan rakyat.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga semakin disayangi rakyat Malaysia kerana dia yang sentiasa cuba berkomunikasi dengan orang ramai. Twitter rasminya biasanya menjadi wadah komunikasi bersama warga tempatan. Pun begitu, ada sahaja yang tak puas hati dan telah mengutuk Raja Permaisuri Agong secara terang-terangan. Siap kata keluarga Agong sebagai gila glamor kerana rajin berkomunikasi melalui Twitter. Semuanya bermula apabila seorang individu telah memuat naik entri di mana dia telah mem'block' Twitter Raja Permaisuri Agong dan puterinya Tengku Afzan. Selepas itu, ramai juga yang turut meninggalkan komen berbaur kecaman terhadap kerabat diraja itu.
Yang sedihnya, Raja Permaisuri Agong akhirnya telah menyahaktifkan akaun Twitter rasminya berkemungkinan besar kerana tuanku berkecil hati dengan komen-komen negatif itu. Rata-rata netizen mengecam kesemua individu yang meninggalkan komen negatif kepada Raja Permaisuri Agong selain berharap agar tuanku kembali aktif kerana mereka menyukai sikapnya yang mesra rakyat. |
2
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ToungeSoup replied at 12-9-2019 10:46 AM
user yang mengata pun silap2 not found...takut kaedahnya
ADVERTISEMENT