CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasar Raya Tak Mahu Bertolak Ansur- Ini Penjelasan Kes Tular Wanita Curi Ayam

12-9-2019 10:42 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 8579| Komen: 61|Original author: HakirRahman

Selepas tular kes seorang wanita yang juga ibu tunggal mencuri ayam dan beberapa bahan makanan lain di sebuah pasar raya di Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak wujud pelbagai andaian mengapa wanita itu bertindak demikian. 


Dilaporkan Sinar Harian, seorang aktivis masyarakat,  Rohaidatul Asma Jusoh, mendedahkan wanita itu hanya berpendapatan RM500 sebulan untuk menjaga tiga anaknya berusia 4, 6 dan 10 tahun. Wanita itu ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu. 

"Semalam dalam jam 1 petang, dia sempat menghantar mesej kepada saya maklumkan yang dia tiada wang untuk beli barang-barang dapur, sebab itu dia buat keputusan untuk mengambilnya. Barang-barang itu semua untuk makan dan kegunaan anak-anaknya di rumah," katanya. 


Antara barangan dicuri. Foto: Sinar Harian. 

Menurut Rohaidatul lagi, pasar raya itu juga tidak mahu bertolak ansur dengan kes itu, walaupun pasukannya, Amal Team mahu membayar harga barangan yang dicuri dan tidak mendakwa wanita itu. 

"Tetapi pihak pengurusan pasar raya tetap mahu membuat laporan menyebabkan dia terpaksa ditahan di balai polis. Anak-anaknya dijaga sementara oleh ahli keluarga yang lain," katanya lagi. 

Kejadian berlaku di Seri Iskandar, Perak. Foto: Google

Semua barangan yang dicuri seperti ayam, kiub ayam dan serbuk lada hitam semuanya untuk dimasak untuk dimakan anak-anaknya, menurut aktivis itu lagi. 

Kesian kan? Tetapi, pasar raya itu pun satu, ada orang hendak selesaikan dengan baik tolong bayar, kenapa kejam sangat hendak juga mendakwa? - CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 12-9-2019 10:56 AM
biasanya pasaraya ni akan bg pilihan; bayar harga 3x ganda (atau amount2 tertentu). If dpt bayar, lepas.

kalau x dpt byrm baru bawak pegi balai,

btw polisi psraya ni x sama lah kot. kesian ngn ibu tunggal ni tpksa mencuri.. tp nk tau keseluruhan kisah hidup dia. mybe dia dh lama dlm pemerhatian staff situ? atau.. entah la.. komen lbh2, nt jd memihak kpd salah sorg plk...
Quote azimodin 12-9-2019 11:01 AM
Nak salahkan pasaraya pon x boleh. Manager kat situ pon bukan tauke... dia bagi lepas karang kena marah dengan tuan pulak.
Quote minahmanja 12-9-2019 11:04 AM
apa je brg2 yg dia curi tu.. nmpk mcm ade shower foam..?? biasa kalau terdesak ni, dia akn amik brg2 keperluan  je.. ni amik shower foam, black pepper, kiub ayam semua.. huhu...
Quote laksmanabentan 12-9-2019 11:07 AM
Pasaraya apa tuh???
Quote cmf_acura 12-9-2019 11:07 AM
TESCO ATAU PASAR BORONG SAKAN?
Quote BeskotCekelat 12-9-2019 11:07 AM
minahmanja replied at 12-9-2019 11:04 AM
apa je brg2 yg dia curi tu.. nmpk mcm ade shower foam..?? biasa kalau terdesak ni, dia akn amik brg2 ...

Dia amik barang makan (ayam mentah, kiub ayam, black pepper),Shower foam tu je yang tak boleh buat makan.
Nampak dah memang terdesak..

Quote cmf_acura 12-9-2019 11:08 AM
BOIKOT JER PASARRAYA ITU
Quote isseliparjepun 12-9-2019 11:08 AM
Tesco kat seri iskandar tu ke? Hmm apalah kisah wanita ni sehingga terpaksa mencuri.
Quote kucingitam 12-9-2019 11:09 AM
minahmanja replied at 12-9-2019 11:04 AM
apa je brg2 yg dia curi tu.. nmpk mcm ade shower foam..?? biasa kalau terdesak ni, dia akn amik brg2 ...

yup...kalau terdesak akan ambil brg makanan je selalunya..


Quote cmf_acura 12-9-2019 11:09 AM
https://www.sinarharian.com.my/a ... sar-raya-dibebaskan
Quote BlueRose99 12-9-2019 11:13 AM


PARIT - Ibu tiga anak yang berdepan tuduhan mencuri barang di sebuah pasar raya di Bandar Universiti, Seri Iskandar telah dibebaskan tanpa syarat hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap wanita berkenaan selepas meneliti kertas siasatan lengkap yang diserahkan pagi tadi.

"Kes ini telahpun selesai dan saya sahkan tiada tuduhan dibuat selepas kertas siasatan lengkap kita majukan pagi ini kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Wanita berkenaan dibebaskan tanpa syarat," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan wanita berusia 31 tahun itu ditahan kerana mencuri beberapa barangan antaranya sabun mandi, dua peket ayam mentah, satu kiub tulang ayam dan serbuk lada hitam yang dianggarkan bernilai hampir RM80.

Wanita itu dikatakan berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyediakan keperluan makan untuk tiga anaknya masing-masing berusia 4, 6 dan 10 tahun.

Quote R2D2 12-9-2019 11:17 AM
biasanya yg terdesak dia ambik barang keperluan shj yakni makanan
Quote ikanmasin 12-9-2019 11:25 AM
sedihnya semoga ibu tunggal tu dipermudahkan .
Quote ketambangkang 12-9-2019 11:25 AM
kesian weyy..bayangkan aje kite kt tmpt dia
Quote arm_band 12-9-2019 11:28 AM
biar la semua orang buat tanggungjawab diorg masing2. tesco pun ada SOP nak kena ikut. polis kena jugak reman utk buat siasatan. dah siap siasatan serah kertas siasatan ke pendakwaraya utk izin mendakwa. kes ni semalam takde izin dakwa kan sebab tu lepas. tapi kalau masuk ke mahkamah sekalipun, tugas mahkamah la nak pertimbang wajar ke tidak dia dihukum ...

tapi gambar atas tu gambar barang2 yang dia curi ke? aku pun pakai sabun cap tesco je hmm
Quote DARSITA 12-9-2019 11:28 AM
Thread ni dah ada dah .. dalam thread satu lagi ada juga diberitahu dia ni curi krim muka jugak.

Quote matchstick 12-9-2019 11:29 AM
Dh biasa buat kot.. Itu yg pihak pasaraya x mau lepas. Tp bagus juga pihak pasaraya bertegas kali ni. Kalau settle diam2 x viral pulok maka org x tahu kesusahan ibu tunggal ni. Harap dpt lah bantuan sewajarnya.
Quote EvieWanKenobi 12-9-2019 11:31 AM
macamana boleh bagi anak2 makan
rezeki secara mencuri?
Quote shernazz 12-9-2019 11:31 AM
Iols rasa dia terdesak dan alang alang amek makanan
Amek toiletteries juga....
Mana tau kan...nak merasa ...

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.153530 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top