Kes cerai pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila dibicarakan hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Lapor Bernama, dalam tuntutan cerai itu, Noor Nabila memberikan alasan antaranya mereka sudah tidak ada persefahaman dan tidak tinggal serumah sejak Februari 2018.
Malah, Sharnaaz juga didakwa hanya memberikan wang belanja bulanan sebanyak RM500. Bagaimanapun, Sharnaaz ketika ditanya hakim sama ada setuju dengan tuntutan itu, berkata "tidak setuju". Disebabkan itu, mahkamah mengarahkan mereka wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kes cerai itu. Jawatankuasa Pendamai adalah orang yang ada hubungan dengan pasangan, dilantik mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian dalam tempoh enam bulan. Jawatankuasa ini boleh memberi cadangan kepada mahkamah sekiranya pasangan tidak dapat mencari jalan penyelesaian untuk meneruskan proses perceraian. Noornabila memfailkan tuntutan cerai pada 27 Ogos lepas. Semoga mereka berjaya mencari jalan penyelesaian. - CARI |
Artemesiaa replied at 11-9-2019 07:30 AM
Mungkin dia benar2 dah tak suka jumlah tu sekadar menguatkan alasan
kualibesi replied at 11-9-2019 08:14 AM
ntah ler. masalah rmh tangga ni susah nk describe. tp ad ke prempuan hdup nk bercerai ajee?
cclina2 replied at 11-9-2019 04:16 PM
pompuan ni senang je jaga...bagi je duit bebanyakk...tak gitteww
ADVERTISEMENT