Orang yang suka berdiet akan tahu betapa sebenarnya diet ni mahal. Buah-buahan, daging, ayam, buah-buahan dan sebagainya sebenarnya mahal! Disebabkan kos kadang-kadang ada yang malas nak sambung diet lagi. Tetapi, seorang pemuda di Twitter berkongsi teknik diet mudah yang tidaklah berapa mahal. Malah, tak perlu korbankan makanan kegemaran "fast food" pun. Pemuda itu juga memberitahu yang dia tidaklah obese, cuma berisi gempal sedikit. Memang, kebanyakan kita pun tidaklah sampai tahap obes, ramainya berisi gempal sampai tak selesa dengan badan sendiri. Siapa macam ini?
Petuanya mudah, kena displin soal kalori. Bila betul-betul ikut kalori, makan apa pun boleh. Selain itu, jangan lupa senaman ringan. Malah, dia pun tidak berjoging sebab malu dikutuk. Memang betul pun selalu berlaku, orang gemuk yang mula berjoging dipandang sinis. Dan untuk makanan kegemaran "fast food", kalau sudah makan, kira betul-betul kalori makanan lain. Misalnya, pemuda itu hanya makan tosai atau minum air jika hari itu dia sudah memakan ayam goreng McDonald kegemarannya. Tetapi, selamat ke diet begini? Macam tak seimbang sahaja, apa pandangan anda? - CARI |
TalibanRock: kurex ade tips ke nak kurus?
Kurex replied at 14-9-2019 10:17 AM
Bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh
Kurex replied at 14-9-2019 11:20 AM
Mestilah ada, dulu kurex penah gemuk..
Sebenarnya makan fast food tak elok. Si budak twitter ...
makneng replied at 14-9-2019 11:43 AM
Kau lapau ke dekkkk? Mak nak tapau mekdi ni buat kudap2
ADVERTISEMENT