Kadang-kadang bila tengok orang lain buat "suprise" kepada keluarga, video yang dirakam adalah kejutan gembira sampai menangis-menangis. Terutama sekali kalau sudah lama tidak berjumpa.
Tetapi, perkara itu tidak berlaku kepada seorang gadis yang cuba mengejutkan emaknya dengan balik ke rumah tanpa memberitahu terlebih awal. Hannah belajar di universiti yang agak jauh dari rumahnya. Dilaporkan New York Post, Hannah Jones, 18, meluru masuk ke dalam rumahnya selepas berbulan-bulan tidak balik untuk mengejutkan emaknya.
Malangnya, emaknya, Renee Jones, terkejut dengan tindakan itu. Menganggap ada penceroboh ke dalam rumahnya, dia menembak anaknya sendiri! Tembakan itu dilepaskan ketika Hannah meluru masuk melalui pintu sehingga menyebabkan dia menyembunyikan diri. Tak bagi salam agaknya. Disebabkan itu, tangah Hannah patah tiga dan terpaksa menerima rawatan di hospital. Tak pasal-pasal. Ada sesiapa yang emak dan ayahnya tak suka kejutan-kejutan ni? Atau anda sendiri tak suka kejutan-kejutan ni sebab lemah semangat? - CARI
|
BlueRose99 replied at 13-9-2019 03:14 PM
Seriau plk rasa!
Hakak pun last balik kampung masa Raya Haji.. ingat nak juga buat suprised kat Mak ...
BlueRose99 replied at 13-9-2019 03:14 PM
Seriau plk rasa!
Hakak pun last balik kampung masa Raya Haji.. ingat nak juga buat suprised kat Mak ...
Boomibulat replied at 13-9-2019 03:16 PM
Mak kaka ada pistol jgk ke...?
CiliPadiSedap replied at 13-9-2019 03:18 PM
orang tua dulu dalam penyapu lidi ada simpang dua perisa satu parang, kedua air longkang. parang n ...
moonbug replied at 13-9-2019 07:35 PM
Tak semua orang suka surprise
BlueRose99: Seriau plk rasa!Hakak pun last balik kampung masa Raya Haji.. ingat nak juga buat suprised kat Mak.. tak jadi lah!
ADVERTISEMENT