CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Tak Kongkong, Takut Anak Lupa Diri" - Pengakuan Ibu Elfira Loy

10-9-2019 04:51 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16117| Komen: 90|Original author: Oleh: Saiful

Setiap ibu mempunyai cara berbeza dalam mendidik anak-anak, begitu juga dengan ibu Elfira Loy.

Dalam satu temu bual bersama Mingguan Wanita baru-baru ini, ibu Elfira, Filzah Yusoff mengakui ada masanya dia perlu mengongkong anak-anak.


Tambahnya, kalau tak kongkong takut pula anak-anak akan mudah lupa diri.


Foto: IG

"Orang nampak saya kongkong, tapi kadang-kadang saya dapat tahu daripada kawan sendiri yang mengatakan saya beruntung sebab dapat anak yang mendengar kata.

"Kadangkala kita tak sedar yang kita letak harapan terlalu tinggi. Bila kita merajuk pun kita kena beritahu," katanya.


Sementara itu, Elfira mengakui yang kadang-kadang dia tak menyukai keputusan dibuat ibunya, namun percaya itu adalah yang terbaik untuknya.




"Saya marah dalam keputusan yang ibu buat, tetapi saya tak tunjuk dan saya akan makan hati sorang-sorang. Tapi, lama kelamaan keputusan yang dibuat ibu bersebab dan lambat laun saya sedar itu adalah terbaik untuk saya," katanya.

Elfira juga kelihatan sebak mengingati pengorbanan yang dilakukan ibunya.



"Saya terasa sangat sebab saya pun akan jadi ibu tak lama lagi.  Bayangkan kita nak solat untuk diri kita pun susah, macam mana ibu boleh buat solat dan doa untuk anak-anak," luahnya.

Dengarlah kata ibu anda. Tengok macam Elfira, sebab ikut cakap ibulah hidup dia bahagia sekarang. Tak begitu? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kualibesi 10-9-2019 05:01 PM
next.. masih relevant ke die dlm industri hiburan?
Quote aemon 10-9-2019 05:03 PM
ye acik..tapi aku tak leh lupa cara acik buat baby pian.macam hina orang tu plk suruh simpan sehelai duit setiap muka surat al quran.
Quote Kurex 10-9-2019 05:03 PM
Acik, kenapa kau nampak kepam???
Quote sonatalady 10-9-2019 05:04 PM
Ooo..mcm tu ceritanya..
Ok..next
Quote YomiuriLandMae 10-9-2019 05:04 PM
iols ingat elbulu dah beranak.. blom2 beranak lg??
Quote RatuDunia94 10-9-2019 05:13 PM
Kongkong2 dapat mesin ATM.
Quote mizzmimi 10-9-2019 05:16 PM
Kongkong anak atm machine?
Quote hatikudus 10-9-2019 05:17 PM
Anak dia..sukati dia la nak kongkong ke kingkong...lain org lain cara. Yg penting jaga anak masing2 sampai jd org
Quote Victorioussss 10-9-2019 05:21 PM
So ibunya setuju suami pncut dlm?

Itulah yang terbaik
Quote kiyudi 10-9-2019 05:24 PM
segak laki elfira nih....
Quote mata.kail 10-9-2019 05:29 PM
Hormatilah ibu bapa mu
Quote hanglipolopo 10-9-2019 05:33 PM
mak lebih sudu dari anak..
Quote pumpkinpatch 10-9-2019 05:52 PM
Betol jugak lah mak dia jaga dia camtu. Kang dpt menantu yg bukan bukan pun jadi hinaan orang anak pun dpt susah.
Quote shania88 10-9-2019 05:59 PM
Ermm lantak dia la anak dia
dia punya suka la
Elfira mse tu lom jadi isteri org
so hak mak dia la nak kongkong camna sebb el lom kahwin lagi
hak dia la nak mse depan anak dia camna

Kang anak dia kahwin dgn laki yg harap duit permpuan sush gak
dapt laki tak bagi duit nafkah sebb isteri ada duit sush jugk
kena ingt eh lelaki wajib bagi duit nafkah kat isteri
wajib
wajib
wajib
tak mampu pun kena mampukan
melainkan kalau dah lumpuh tak leh cari duit nafkah tu lain

lelaki2 kat malaysia kemain lagi mengutuk si el ni
abis tu kengkawan korang yg bini byk suuport familiy tu taknk kutuk ke
Quote meteorspeed 10-9-2019 06:10 PM
Yer cik.. Berkat kongkong pirahh dpt mesin atm.. Tahniah mokxik. Pandai pirah pilih mesin atm..
Quote shania88 10-9-2019 06:11 PM
meteorspeed replied at 10-9-2019 06:10 PM
Yer cik.. Berkat kongkong pirahh dpt mesin atm.. Tahniah mokxik. Pandai pirah pilih mesin atm..

helok la dari pilih mesin atm
dari pilih biawak hidup
Quote unguaurora 10-9-2019 06:17 PM
Apa produk el skrg ye? I is konfius.
Quote Nenasketum 10-9-2019 06:17 PM
Dalam ig kemain ayu, kat luar aku terserempak ngan dia kat KLCC, standard cleaner dari Aceh ajer dia ni. Penangan diorang yang photogenic. Padanlah dia yang beriya kejor Pian yang nyanyi macam pengkid tercekik goreng pisang. (Lagu dia sedaplah tapi)
Quote roti_banjir 10-9-2019 06:32 PM
anyway, husband si El nih bukanlar kaya sgt pon…. In law dia pon family businessman yg biasa2 jer, bukan bombastic naunau….. tapi klu fikir dari sudut pandangan mak dia, memang ada sebab kenapa mak dia kongkong dia spi macam tuh sekali….

pernah ker dia or adik beradik dia yg berlakon tuh, terpalit ngan isu2 panas masalah moral????… lagi pon mak dia kan ibu tunggal yg besarkan anak2 tanpa suami. even dia ngan bapak dia Nampak ok jer, tp hakikat kehidupan, hanya dia dan mak dia jer yg tau....

byk yg mak dia dah korbankan utk besarkan dia adik beradik, dan sekarang, apa pon org nak ckp psl si El nih, Nampak gak lar keputusan mak dia untuk tak teruskan perkahwinan dia ngan si baby pian tuh adalah antara keputusan yg tepat utk El....

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059686 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top