Ingat lagi tak dengan video Ardell Aryana yang menggigil semasa suaminya, Nadzmi Adhwa nak sarungkan cincin? Habis pasangan ini dikecam teruk dengan warganet yang menuduh mereka 'fake'!
Antara komen, "Sebelum kahwin boleh pula menyanyi berdua-duaan dalam kereta, nak sarung cincin terketar-ketar acah malu!" Mengulas mengenainya, Ardell mengakui isu itu memberikan kesan buat dirinya. Selepas video tersebut tular, Ardell kata dia paranoid dan tak keluar dari rumah.
"Pertama kali, saya minta maaf kalau video pernikahan kami tular sehingga ada yang membuat parodi dan ada juga yang menghina dengan mengatakan saya ini perempuan cacatlah, parkinson dan macam-macam lagi. "Sebenarnya saya dan suami tidak berniat apa-apa untuk melakukan drama walaupun kami berdua pelakon. "Bila momen suami saya cakap 'saya terima nikahnya' selepas lafaz akad nikah itu saya rasa semuanya sudah berubah," katanya melalui Instagram Mingguan Wanita.
Lagi tertekan bila ada pula yang menyentuh tentang malam pertamanya dengan suami. "Mereka bertanya mengenai keadaan badan saya ketika itu. "Disebabkan itu, saya tak keluar rumah untuk beberapa hari. Selepas dipujuk suami, saya makan di Shah Alam. "Tapi jadi paranoid apabila ada satu kumpulan remaja dalam kereta berhenti semata-mata nak rakam dan gelakkan kami. "Ia sudah dikira seperti membuli. Maknanya, video yang tular itu memberi impak yang besar, bukan sahaja dikecam di laman sosial tapi di umum pun kena juga. Jadi, saya mohon henti buat parodi dan kecam," pintanya. Kesian pula bila dengar macam ni. Tabahlah, semoga Nadzmi dan Ardel kekal hingga ke syurga. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|