CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebar Gambar Dan Cerita Peribadi Sultan, Istana Kelantan Keluar Kenyataan Rasmi

7-9-2019 09:03 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 24753| Komen: 96|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan semalam telah mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar dari Istana Kelantan untuk menafikan penyebaran gambar-gambar peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V di media sosial.




Kredit foto: Instagram

Menurut kenyataan itu, baginda menafikan sekeras-kerasnya semua fitnah dan berita yang disampaikan bersama gambar-gambar berkenaan.



Kredit foto: Instagram

Seperti yang heboh diperkatakan, sebuah akaun Instagram yang mendakwa dimiliki oleh Rihana Oksana Petra, bekas isteri kepada Sultan Kelantan telah memuat naik beberapa keping gambar peribadi dan turut membuat kenyataan yang mengejutkan ramai pihak, antaranya mengenai kisah perkahwinan mereka dan perkahwinan terdahulu Sultan.




Kredit foto: Instagram

Dalam kenyataan rasmi itu, pihak Istana menyeru rakyat dan pengamal media supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana kenyataan tidak benar dan berunsur fitnah selain hanya menerima kenyataan rasmi daripada Istana Kelantan.

‘Fitnah-fitnah ini telah mencemarkan nama baik Kesultanan Kelantan dan kerabat Diraja Kelantan.


Kredit foto: Instagram

‘KDYMM sultan juga turut menzahirkan kekesalan dan kekhilafan peribadi baginda yang mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat sehingga pertelagahan berlaku di media sosial disebabkan khabar angin yang tidak sah ini,' kata kenyataan itu.

Kenyataan akhbar itu boleh dibaca di beberapa Facebook rasmi negeri itu dan akaun IG Koleksi Sultan Muhammad V. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 7-9-2019 09:15 AM
Finally ada kenyataan balas dari Istana untuk Rihana
Quote luluaurora 7-9-2019 09:36 AM
acc rihanna tu x boleh di block? dlte ke?
sebab terang2 keluarkan berita/kenyataan berkenaan institusi diraja
Quote Rogue98 7-9-2019 09:37 AM
Gi lah buat test dna budak tu.
Esok2 budak tu besar dia akan tuntut jugak. Rakyat akan lebih hormat kalau Sultan take responsibility of his own doing.
Allah is showing the truth about him sikit2.
Quote ennai83 7-9-2019 09:44 AM
okay pasni jangan bersangka buruk pada sultan
Quote Sang_Pencinta 7-9-2019 09:52 AM
Mana @eyansss ? Aku nak dengar pendapat dia
Quote Sang_Pencinta 7-9-2019 09:53 AM
ennai83 replied at 7-9-2019 09:44 AM
okay pasni jangan bersangka buruk pada sultan

Puji2 je dibolehkan
Quote diss69 7-9-2019 09:59 AM
ennai83 replied at 7-9-2019 09:44 AM
okay pasni jangan bersangka buruk pada sultan

Ok2 sir... Yess sir...
Quote sesukaje 7-9-2019 10:21 AM
Selesaikan la semua dulu, baru boleh senyapkan si oks tu. Buktikan leon anak siapa
Quote royaldanish 7-9-2019 10:35 AM
Selagi tak buktikan Leon tu anak sapa & SK sendiri buat pernyataan dh ceraikan Oks ni selagi tu la Oks akan bising
Quote diggerr 7-9-2019 11:07 AM
Quote helicornia 7-9-2019 12:37 PM
silap besar le sk ni kawin dgn oksana
Quote natrahn 7-9-2019 01:32 PM
kenyataan ni menunjukkan raja tak perlu nak terangkan apa2 pada rakyat...
tapi pihak sana dok provoke non stop..
Quote KIM.K 7-9-2019 01:54 PM
Apapun saya menjunjung titah
Semoga tuanku dalam perlindungan dan diberi jalan. Daulat tuanku
Quote RatuDunia94 7-9-2019 02:06 PM
Dah sultan yg bermain api dgn russian doll.. so skrg sedang terbakar jari lah.. what do u expect kenyataan2 rasmi dr istana mcm ni.. mesti lah nk jaga air muka..
Quote eyansss 7-9-2019 02:26 PM
Sang_Pencinta replied at 7-9-2019 09:52 AM
Mana @eyansss ? Aku nak dengar pendapat dia

maksud ko, pendapat aku?  terang2 diorang nak rakyat percaya one-sided punya story sahaja...  hahaha...  tapi bagi aku, kalau diorang sendiri kata hanya kata2 peguam abeyeh je boleh dipercayai, keluarkan la bukti leon tu bukan anak abeyeh...  selagi takde, oks akan berterusan keluarkan macam2 cerita...

dan selagi raja2 dan kerabat2 hidup atas cukai rakyat, mereka haruslah menjawab semua persoalan rakyat...  sama je macam menteri2 dalam negara ni...  kalau rasa tak perlu menjawab, sila jangan pakai duit cukai rakyat...  sila cari keje n makan gaji macam rakyat2 yang lain...
Quote Carcosa 7-9-2019 04:28 PM
Takut nak komennnnnm {:teatime
Quote Carcosa 7-9-2019 04:31 PM
Ya hamponnnnn. Baru anjung tinjau IG Oks, bukan main yaaaaa, dia bercerita psl exwife gong {:freak
Gilalahhhhh Oks... Tulah org kata, a scorned woman.... Bahayaaaaaaaaa   {:stress
Quote Ms.Mangga 7-9-2019 05:41 PM
Selagi abeyeh or pihak yistana tak amik apa2 action towards Kak Na, selagi tu aku percaya apa yg Kak Na tulis.

Fikir logik je la, kalau benda tak betul tak kan la Kak Na berani2 nk tulis begitu. Bukannya dia tak tau siapa abeyeh tu kat Malaysia ni & apa yg abeyeh capable to do kan?

Kalau la apa yg Kak Na tulis psl ex-wife abeyeh tu fitnoh, aku seru ex-wife abeyeh samankan aje Kak Na tu.

In fact, Kak Na siap ckp dia berani utk buat dna test tu. what if leon tu btl anak abeyeh? Adakah mereka akn rujuk blk but in a hard way la. Kena cari cina buta utk Kak Na dulu.

Abeyeh, buat je la dna tu. kalau betul leon bukan dr dna abeyeh, saman je Kak Na tu. At least dia xde la nk memekak kat socmed lagi. Malu la abeyeh bila cerita dlm selimut semua dia sebarkan ke seantero dunia. People are laughing at us. And ur mom tak bising ke abeyeh?
Quote febreze 7-9-2019 05:43 PM
Rogue98: Gi lah buat test dna budak tu. Esok2 budak tu besar dia akan tuntut jugak. Rakyat akan lebih hormat kalau Sultan take responsibility of his own doing. ...



tak silap, peguam sultan ada bgtau anak tu bukan anak dia kan? ke silap?


Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053980 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top