CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Kritikal Dibakar Pembuli

6-9-2019 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5029| Komen: 22

Angkara buli, kanak-kanak berusia lapan tahun kini kritikal akibat mengalami 35 peratus luka lecuran pada tubuh selepas dibakar pembuli.



Menurut The Sun, Kyrylo Yatsun bermain berhampiran blok apartmentnya di Dnipro, Ukraine sebelum diserang pembuli di kawasan itu yang hanya beberapa tahun lebih tua daripadanya.

Menurut laporan media tempatan, kumpulan pembuli itu menyimbah petrol pada baju mangsa sebelum menyalakan pemetik api dan membakarnya.



Pakaian Kyrylo disambar api serta-merta dan kanak-kanak itu dikatakan rebah ke tanah menggelupur kesakitan, manakala suspek hanya mentertawakannya sebelum melarikan diri.


Beberapa saksi di lokasi bergegas memberi bantuan dan berjaya menanggalkan bajunya yang terbakar sebelum menghubungi ambulans.

Mangsa yang kritikal dikejarkan ke unit rawatan rapi dan menjalani beberapa pembedahan di mana doktor terpaksa membuang kulit rosak di kepala, tangan dan punggungnya.

Ibu Kyrylo, Eugenia Yatsun berkata, ketika kejadian dia sedang makan tengah hari di rumah apabila beberapa kanak-kanak berlari mendapatkannya dan memaklumkan mengenai anaknya itu.


Eugenia Yatsun
Foto: The Sun

Katanya, Kyrylo diperlakukan sedemikian tanpa sebarang sebab.

"Mereka bukan kanak-kanak, sebaliknya raksasa," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Anna Starchevskaya berkata, pihaknya giat menyiasat kejadian dan penyerang yang sudah dikenal pasti kini disoal siasat polis.

Difahamkan, kesemua suspek akan ditempatkan di pusat pemulihan jika didapati bersalah. - CARI

Bagus
9

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 6-9-2019 05:47 PM
Kesiannya.. Ish.. Kecik2 dah belajar cara membunuh org.
Quote Boomibulat 6-9-2019 05:48 PM
Ganasnya org rusia dan ukraina
Quote Kurex 6-9-2019 05:59 PM
Ganasnyaaaaaaa
Quote giyomi 6-9-2019 07:00 PM
rasanya terus sumbat dlm penjara jer lahanat ni semua no matter lh klu usia muda sekalipon...sia2 masuk pusat pemulihan, bila keluar 2x lbh ganas.
Quote Malaysia.Doom 6-9-2019 07:05 PM
Kalau @Modngengade bukan raksasa tapi beruk
Quote raihaneem 6-9-2019 09:51 PM
Baca kisah perang kedah siam...ingt siam ja gelar plsiam perut hijau...depa ni pun leh gelar org perut hijau. Jati kering sungguh bakar budak ni
Quote MsPercy 7-9-2019 02:21 AM
kesiannya. teruk pembuli tu.
Quote Eric.n9 7-9-2019 03:27 AM
Teringat kisah oksana makar...
cerita yg berlainan tp ujung2 dibakar
Quote CikB 7-9-2019 08:42 AM
kesiannya...semoga budak dpt keadilan
Quote armin 7-9-2019 01:19 PM
Boomibulat: Ganasnya org rusia dan ukraina

Rusia mmg psycho. Kalau kes bunuh ke seksa mesti teruk2. Makan apa entah dorg ni sampai jd macam ni
Quote ikanmasin 7-9-2019 03:03 PM
jahat btl.suka suki ko jer nak bakar anak org..
hrp2 mereputlah dlm penjara.bdk2 jahat mcm
ni mmg tak ptt dibiarkan berkeliaran ..elok di
kurung jer..elok2 anak org tak cacat dah rosak
masa depan gara2 pembuli mcm ni..
Quote Foxey 7-9-2019 05:08 PM
Kesian adik ni. Kita yang dewasa ni, melecur kena percik minyak masak pun dah sakit dan pedih. Inikan dia yang kulit terbakar direct dek api.
Quote gideoncross 7-9-2019 08:31 PM
Being bullied sucks.
Quote sfrnna 7-9-2019 08:59 PM
Psycho betul. Iols selalu fikir org Ukraine n Russia ni pelik.
Quote any42 7-9-2019 09:14 PM
kecik2 dh mmpu bt mcm ni bsar nnti jd pnjenayah ape plak. eiii seram la bdk2 skrg kemain agressive.
Quote meteorspeed 7-9-2019 09:23 PM
Say no to bully. Even budak pin please hukum. Geram aku spesis mcm nie
Quote nono86 7-9-2019 11:21 PM
Kejamnye.. Kecik lg dah kejam, besar nanti tak tahu la
Quote ketambangkang 8-9-2019 10:16 AM
Boomibulat replied at 6-9-2019 05:48 PM
Ganasnya org rusia dan ukraina

semoga Allah peliharakan abe gong
Quote diss69 8-9-2019 06:04 PM
Kesiannya... Moga pembuli dpt balasan setimpal..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059839 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top