CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Tega Pukul Isteri, Lelaki Tampar Diri Sendiri Ketika Bergaduh

10-9-2019 09:43 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8123| Komen: 31|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sebuah video yang kini tular di media sosial dan dikongsikan lebih 5,000 kali (ketika artikel ditulis) menunjukkan aksi yang jarang dilihat. 

Video itu memaparkan pergaduhan di antara seorang lelaki dan wanita, dipercayai suami isteri di tengah jalan. 



Kredit foto: Facebook

Kejadian dikatakan berlaku di dalam negara, berdasarkan bahasa lelaki yang merakam video itu dan keadaan persekitarannya.

Pada mulanya, insiden yang dirakam oleh seorang lelaki itu kelihatan seperti pergaduhan biasa, tetapi apabila keadaan semakin 'memanas', si suami mula menampar dirinya sendiri dengan kuat.



Video berdurasi 5 minit 8 saat itu bermula apabila si isteri menjerit ke arah suaminya. Butiran pergaduhan bagaimanapun tidak jelas. Selepas bertengkar beberapa ketika, si suami tiba-tiba naik marah dan mula menampar mukanya dengan kuat beberapa kali.


Kredit foto: Facebook

Isteri tersebut kemudian cuba menenangkan suaminya, tetapi lelaki terbabit meneruskan aksinya. Malah, bunyi kuat yang pasti menyakitkan kedengaran dari kejauhan.

Perbuatan pasangan itu membingungkan netizen. Bagaimanapun, ada yang membuat spekulasi bahawa si suami mungkin terlalu marah tetapi tidak sampai hati untuk memukul isterinya. Lantaran itu, si suami memukul mukanya sendiri, kata beberapa netizen membuat spekulasi.

Walaupun perbuatan itu nampak ganjil, namun ada netizen yang memuji tindakannya. 

'Sayang bini juga rupanya, sekurang-kurangnya dia tak berani pukul bini,' kata netizen.


Kredit foto: Facebook

Selepas menampar dirinya beberapa kali, pergaduhan itu kemudiannya reda dan lelaki berkenaan kembali ke arah motosikalnya dan dihampiri isterinya sebelum mereka kemudiannya dilihat berbincang dengan tenang.

Insiden itu berakhir dengan aman apabila pasangan terbabit kemudiannya menaiki motosikal bersama dan meneruskan perjalanan.


Kredit foto: Facebook

Diharapkan, ini bukanlah sesuatu penderaan emosi yang boleh mengakibatkan kecederaan serius kepada pasangan tersebut. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 10-9-2019 10:00 AM
Kira pelik la.. Dia tampar diri sendiri. Tapi lagi bagus la dari jadi bacul pukul isteri.
Quote Kurex 10-9-2019 10:02 AM
Kenapa zaman sekarang perempuan lagi tembun dari laki??
Quote ais_kosong 10-9-2019 10:04 AM
gigih merakam dan viralkan
Quote Sang_Pencinta 10-9-2019 10:10 AM
Kurex: Kenapa zaman sekarang perempuan lagi tembun dari laki??



Dari dulu perempuan tembun dari laki sebab semakin busy jaga anak dan kerja at same time
Quote Biabetik 10-9-2019 10:20 AM
sarah82 replied at 10-9-2019 10:00 AM
Kira pelik la.. Dia tampar diri sendiri. Tapi lagi bagus la dari jadi bacul pukul isteri.

Mgkn dia provoke bininya, klu berani pukul la!!. Haaa... gitu kekdahnya.. Mungkin bini yg terlebih syg kt lakinya kot, kena jerit kat public pun redho je
Quote Biabetik 10-9-2019 10:20 AM
Kurex replied at 10-9-2019 10:02 AM
Kenapa zaman sekarang perempuan lagi tembun dari laki??

Ramai je lelaki tembun. Yg mcm mengandung gajah terlebih bulan pun ada je
Quote girlfridayz 10-9-2019 10:33 AM
Kurex replied at 10-9-2019 10:02 AM
Kenapa zaman sekarang perempuan lagi tembun dari laki??

kerrana diri merreka begitu berharga
Quote girlfridayz 10-9-2019 10:36 AM
"abg yang bersalah dalam hal ini! biar abg sakit! kalau mah nak pukul abg sebab abg salah tapi mah tak tergamak, biarlah abg pukul diri abg tanda abg menyesal!!"

"abg takkan berhenti pukul diri abg selagi mah tak maafkan abg!"

aku speku skrip di atas.. kihkih.
Quote Cpkay 10-9-2019 10:44 AM
tak dayus suami ni.. tak pukul isteri / perempuan
Quote haryatie 10-9-2019 11:18 AM
kehidupan suami istri mmg complicated
kdg nmpak mcm benci sgt, marah sgt, jijik sgt
tp itu lah yg jugak dibelai, dipeluk, dipujuk siang malam
ntah apa2

Quote tagas 10-9-2019 11:28 AM
para jejantan yg panas baran bleh cuba petua nih

Quote serikandi_gurl 10-9-2019 12:21 PM
Tapi bila tgk lelaki ni macam sakit je. Teringat yg menghidap autisme yg jenis tak dapat dia nak, dia pukul diri sendiri. Ada yg sampai berdarah2 pun ada. Orang camni merbahaya la.
Quote sarah82 10-9-2019 12:22 PM
Biabetik replied at 10-9-2019 10:20 AM
Mgkn dia provoke bininya, klu berani pukul la!!. Haaa... gitu kekdahnya.. Mungkin bini yg terlebih ...

Hahaha.. Kan.. Tapi kita kena puji juga la.. Dia x pukul wanita.
Quote duri_durians 10-9-2019 12:24 PM
haryatie replied at 10-9-2019 11:18 AM
kehidupan suami istri mmg complicated
kdg nmpak mcm benci sgt, marah sgt, jijik sgt
tp  ...

dah orang tu je yg sanggup terima baik buruk huduh dia.
dah takde orang lain nak. kalau ada, tu yg jadi cerai ka , kawin dua tiga tu.
Quote electricopop 10-9-2019 12:25 PM
Agaknya dh bengang sangat tapi masih sayang bini, maka tamparlah diri sendiri. HAHAHA.
Quote Artemesiaa 10-9-2019 02:53 PM
Orang gaduh laki bini pun gigih nak viralkan.  Ramainya yang nak jadi wartawan tak bergaji.
Quote AyaqMeloSuam 10-9-2019 03:40 PM
girlfridayz: "abg yang bersalah dalam hal ini! biar abg sakit! kalau mah nak pukul abg sebab abg salah tapi mah tak tergamak, biarlah abg pukul diri abg tanda ab ...


Mna hg tau bini dia nma Rusmah?
Quote arm_band 10-9-2019 04:29 PM
macam tak stabil je budak jantan tu
Quote CikB 10-9-2019 04:44 PM
org bergaduh pun nk kasi viral

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.266043 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top