Jika sebut nasi briyani atau nasi kandar mungkin anda mula terbayangkan syurga makanan tersebut di negeri sebelah utara seperti Pulau Pinang dan seumpamanya.
Namun, jika tiba-tiba datang mood nak makan nasi briyani susah jugak nak jumpa yang sedap terutama bagi mereka yang menetap di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya kan! Buat yang mengidam tu, alahai susah betul.. Dikenali sebagai 'comfort food' di kalangan rakyat Malaysia kerana baunya yang harum serta lauk pauk yang menggugat deria rasa. Buat yang sedang diet, bertabahlah ya! Kini anda tak perlu risau, menurut laman web funntaste, terdapat 10 kedai 'hotspot' briyani sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang wajib anda cuba. 1. Tajudin Nasi Beriani
Kredit foto : Google Kredit foto : malaysianfoodie.com Terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Tajudin Nasi Beriani mungkin tidak asing lagi buat mereka yang gemarkan makanan ini. NAsi briyani dihidangkan bersama ayam goreng berempah, nasi yang lembut, acar timun dan nenas serta resipi kuah yang sedap. Selain ayam goreng, ada juga kambing, lembu, ikan dan sotong briyani. Alamat: 8, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur (6am-6pm, setiap hari dibuka) 2. Batang Kali Bamboo Briyani Kredit foto: Fun N' Taste Kredit foto: Fun N' Taste Kredit foto: Fun N' Taste Dikenali sebagai restoran briyani buluh pertama di Selangor, Batang Kali Bamboo Briyani menggunakan resipi rahsia dalam kuahnya dan dihidangkan bersama makanan laut dan daging dan nasi briyani yang dimasak dalam buluh. Ketam, udang galah, udang harimau, sotong, daging kambing dan pelbagai lagi terdapat di sini. Alamat: 11A, Level 3, Selayang Capital COmplex Bandar, Selayang, Selangor (12.00pm - 6 pm setiap hari) 3. Asian Rice Pot SS5 Kedai ini dikatakan dapat membawa anda merasai keenakan masakan daripada negara India dan juga tuan kedai yang peramah. Penuhi deria rasa anda dengan set signature briyani yang dihidangkan dengan dua extra hidangan tambahan. Nasi briyani dihidangkan dengan lauk daging berempah import daripada Kashmir. Alamat : 11, Jalan SS5A/11, SS 3, Petaling Jaya Selangor (8am-4pm (Isnin (8am-9.30pm)), Tutup setiap isnin di minggu akhir setiap bulan) 4. Liza Briyani SS15 Kredit foto : Friedchillies.com SS 15 memang dikenali sebagai syurga makanan untuk kaki makan di luar sana. Terletak di persimpangan jalan, Puan Liza menjual nasi briyani hanya dari luar rumahnya. Antara hidangan utama beliau adalah ayam masala kemudian ditambah telur rebus dan kuah yang menjilat jari. Hanya boleh bawa pulang sahaja ya, dan briyani kambing hanya dijual pada hari Jumaat. Alamat: Simpang jalan SS15/5B & Jalan SS15/5G, Subang jaya (11.30 am sehingga habis) 5.Nasi Briyani Gam An-Nur Kredit foto : Food Advisor Menyediakan masakan briyani ala johor, anda boleh cuba di restoran ini. Nasi Briyani dihidangkan dengan dalca , acar buah, papadom serta lauk utama seperti kambing, ayam merah atau ayam goreng berempah pasti menaikkan selera anda! Diingatkan, hidangan ini hanya boleh didapati pada hari selasa, rabu dan ahad. Alamat: 15, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru,Kuala Lumpur (9.00 am sehingga 7.00pm) 6. Restoran Mahbub @ Bangsar Kredit foto: Google Kredit foto: Dapur kak jee Kredit foto: Timeout.com Dahulunya dikenali sebagai Restoran Sharifa pada tahun 70 an, kini ianya dikenali sebagai restoran Mahbub yang terletak di Bangsar. Popular dengan hidangan seperti Nasi Briyani Madu,Nasi Briyani Buhara Kambing serta untuk anda yang berselera besar, terdapat juga hidangan New Zealand Lamb Shank. Sedapnya! Alamat: 15, Lorong Ara kiri 1, Taman Lucky, Bangsar, Kuala Lumpur. (dibuka setiap hari, 24 jam) Mungkin anda ada restoran briyani yang anda suka pergi? Kongsikan kepada kami di ruangan komen. - CARI |
ADVERTISEMENT