Mungkin anda masih mengingati gadis Eurasian kelahiran Pulau Pinang, Kimberley Leggett, 26 tahun atau Kimmy yang pernah memenangi Miss Malaysia 2012 dan mewakili negara kita ke Miss Universe yang berlangsung di Las Vegas pada tahun yang sama.
Kini gadis ayu lemah gemalai itu mengejutkan ramai apabila telah bertransformasi menjadi sado dan kini aktif menyertai pertandingan bina badan. Selesai mewakili Malaysia, Kimmy telah melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne, Australia dan mendapat ijazah dalam bidang Komunikasi Media dan Pengajian Skrin. Ketika berada di negara tersebut, beliau mula berjinak-jinak dengan aktiviti berunsur kecergasan, sehinggalah mendapat Sijil Kecergasan dan Nutrisi yang melayakkannya menjadi jurulatih. Beliau juga sempat menjadi model bagi beberapa iklan fitness. Kini, menerusi akaun Instagramnya (@kimmyleggs), nampaknya Kimmy beralih arah ke bidang sukan bina badan pula, dan tak hairanlah beliau sudah memiliki badan berotot yang semakin sado. Sabtu lalu, Kimmy telah mengikuti pertandingan bina badan pertamanya, IFBB Bikini Competition di Australia. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, tetapi Kimmy dilihat mempunyai potensi besar dalam sukan itu. Nampaknya, jika Kimmy kembali ke negara ini, beliau ada harapan untuk mencipta sejarah sebagai wanita pertama mewakili Malaysia dalam dua bidang berasingan; Kecantikan dan Bina Badan. Tahniah dan semoga berjaya diucapkan kepada Kimberly Legget, Miss Universe Malaysia 2012! - CARI |
Boomibulat replied at 5-9-2019 12:07 PM
Semoga dapat dikerjakan kimberly...
miemiecha replied at 5-9-2019 12:15 PM
peha dia...
(sambil tgk peha sendiri)
(T_T)
yeos2 replied at 5-9-2019 12:35 PM
terus i scroll balik atas...
RatuDunia94 replied at 5-9-2019 01:16 PM
Sado lagi Nana Al Haleq
ADVERTISEMENT