CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Teman Serumah Gara-gara Air Minuman Kucing

4-9-2019 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5017| Komen: 37

Seorang lelaki warga Indonesia diburu polis selepas dipercayai menikam lelaki warga Bangladesh hingga maut.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah banglo di Jalan 1/19, Petaling Jaya, malam tadi selepas suspek tidak berpuas hati terkena air minuman kucing yang disiram mangsa.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan mengenai kejadian pada jam 9.10 malam.


Foto: Harian Metro

“Pemeriksaan di lokasi menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah. Mangsa didapati mengalami kecederaan beberapa tikaman di belakang badan yang dipercayai menyebabkan kematiannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa membela 12 kucing dan ketika kejadian, lelaki Bangladesh itu sedang memberi makan serta minum kepada haiwan berkenaan apabila suspek terkena air minuman kucing yang disiram mangsa sebelum berlaku pergaduhan,” katanya.


Pemeriksaan lokasi kejadian mendapati tompokan darah di hadapan bilik dipercayai akibat pergaduhan antara mangsa dengan suspek.

“Pemeriksaan di dalam bilik suspek berjaya memperolehi butiran lelaki dikenali sebagai Hardianto. Bagaimanapun, semakan bagi mendapatkan nombor pasport suspek akan dibuat hari ini daripada pihak Kedutaan Indonesia,” katanya.

Difahamkan, rumah banglo satu tingkat berkenaan diubahsuai menjadi empat bilik tidur dan dijadikan bilik sewa yang didiami beberapa warga asing.

“Hasil temu bual dengan jiran mendapati rumah itu dimiliki seorang wanita yang sudah meninggal dunia dan tidak mengetahui siapa pewarisnya.

“Penghuni yang menyewa bilik di rumah berkenaan membayar sewa kepada emak suspek dikenali sebagai Asniyah yang melarikan diri bersama anak lelakinya itu,” katanya.

Polis kini giat memburu suspek dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 4-9-2019 10:05 AM
Indon bangsa pembunohhh
Quote WawaRaRa 4-9-2019 10:11 AM
maksudnya emak lelaki indon tu yg kutip duit sewa... mesti tgk umah kosong pastu claim tu umah sendiri... bhaya gila... jiran aku sorg pernah kena... perumahan baru... dia dtg weekend je... tiba2 tgk umah dia ada org... org tu ngaku dia x de duit... so dia tgk umah tu kosong so dia wat jd umah dia... gilo sungguh... yg jiran aku tu x tau bodoh ke dah kena guna2... bagi je org tu duduk... konon nye kesian.... aku rs org indon tu skrg dah memunya kot umah tu... jiran2 semua pakat dok kata sian org indon tu... yada.. yada... aku rs org  indon tu ada ada memakai...
Quote Boomibulat 4-9-2019 10:24 AM
WawaRaRa replied at 4-9-2019 10:11 AM
maksudnya emak lelaki indon tu yg kutip duit sewa... mesti tgk umah kosong pastu claim tu umah sendi ...

Biasa indon mmg ada memakai 'jeans'..seram kan
Quote BlueRose99 4-9-2019 10:50 AM
Boomibulat replied at 4-9-2019 10:24 AM
Biasa indon mmg ada memakai 'jeans'..seram kan

Betul! Dorang takkan datang sini dengan tangan 'kosong'..

Based on my experiences.. bila wife tuan nya meninggal.. and bibik kawen dengan tuan nya. Dah duatiga yang terjadi depan mata Hakak sendiri. Even kena kat sedara sendiri..

Quote Boomibulat 4-9-2019 10:51 AM
BlueRose99 replied at 4-9-2019 10:50 AM
Betul! Dorang takkan datang sini dengan tangan 'kosong'..

Based on my experiences.. bila wife t ...


Mohon kaka buka tred kat bod seram...dh lama xde citer seram yg best..
Quote leylapple 4-9-2019 11:03 AM
dasat gak si indon nie...

api air mcm mana? illegal? ataupun just byr bulan2 tp si indon nie sambung bayar?
Quote sfrnna 4-9-2019 11:07 AM
Seramya baca comment uols. Indon kalau dtg x bawak ilmu guna2 mmg x sah. Anti betul indon mendatang yg bawak onar ni!
Quote WawaRaRa 4-9-2019 11:17 AM
leylapple replied at 4-9-2019 11:03 AM
dasat gak si indon nie...

api air mcm mana? illegal? ataupun just byr bulan2 tp si indon nie samb ...

aku seram bila bca cerita one two jaga....


Quote minguk 4-9-2019 11:18 AM
kesiannya.. siapa nak bagi makan kucing arwah lepas ni?
takziah.. innalillah
Quote leylapple 4-9-2019 11:28 AM
WawaRaRa replied at 4-9-2019 11:17 AM
aku seram bila bca cerita one two jaga....

mana baca?
Quote WawaRaRa 4-9-2019 11:32 AM

beli kat buku fixi...  movie tie in novel... hehe... aku x minat sgt tgk film2 melayu... kekekeke... tapi baca ok...
Quote R2D2 4-9-2019 11:39 AM
cite seram?
korang ni mesti peminat setia majalah Mastika tak pun papers Bacaria
Quote shuk_one 4-9-2019 12:02 PM
harap kucing-kucing tu terbela lah bila tuan dia meninggal
Quote ninja boy 4-9-2019 12:41 PM
Heran gigih Bela kucing
Quote puteribaya 4-9-2019 01:04 PM

jangan kucing tu dia buat masak kicap bila ujung bulan... sudeyy
Quote hitam_manis 4-9-2019 01:07 PM
Indon sial
Quote hasniey 4-9-2019 01:10 PM
puteribaya replied at 4-9-2019 01:04 PM
jangan kucing tu dia buat masak kicap bila ujung bulan... sudeyy

Bangla biasa islam kan?
Insyaallah dia jaga sbb syg.
Quote namr 4-9-2019 01:20 PM
Jadahnya summary cerita kat tajuk
Quote Modngengade 4-9-2019 01:22 PM
namr replied at 4-9-2019 01:20 PM
Jadahnya summary cerita kat tajuk

kan ramai ummah pprt kat porem ni yg malas membaca....nahhh  akak ingin membantu mereka menjadi lebih malas

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.067849 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top