CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Seni Mempertahankan Diri Pukul Isteri Kerana Alihkan TV

4-9-2019 10:35 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8852| Komen: 55|Original author: Oleh: natrahn


Sakit hati apabila melihat satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular yang menunjukkan seorang pembaca berita dari Vietnam Vu Thi Thu Ly teruk dibelasah suaminya Nguyen Xuan Vinh, baru-baru ini.

Menurut laporan Asia One seperti dipetik dari The Star, suaminya yang juga seorang guru seni mempertahankan diri memukul Ly walaupun Ly ketika itu sedang mendukung anak mereka berusia dua bulan.





Punca kejadian adalah kerana set televisyen suaminya dialihkan ke bilik lain. Dalam video berdurasi 2 minit 30 saat itu, kelihatan mereka bertengkar sebelum Vinh memukul Ly dan menendangnya. Ly jatuh beberapa kali sambil mendukung bayinya.




Turut kelihatan dalam video tersebut seorang wanita lain, namun beliau dilihat hanya mendiamkan diri tanpa membantu meleraikan pergaduhan tersebut. 

Ly dilaporkan pergi mendapatkan rawatan di hospital terdekat sejurus selepas kejadian.


Kredit foto: xuan.com.my

Suami Ly masih belum ditahan pihak polis walaupun video tersebut sudah tular di Internet. Sedihnya bila bersuamikan lelaki jenis ringan tangan dan tanpa segan silu menunjuk keganasan depan anak-anak. Kejam betul! - CARI

Bagus
10

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-9-2019 10:44 AM
Dgn pompuan boleh la kau.. Kalau takde anak tu, mesti kote keparat ni dah disepak bertubi2
Quote jofizo 4-9-2019 10:49 AM
clear la cctv dia dlm rumah....kalau mcm nih video tulen tp wajah x sama pn susah nk disangkal
Quote sarah82 4-9-2019 10:50 AM
Sebab tu aku kata.. Perempuan kena juga belajar mempertahankan diri..
Quote amyza 4-9-2019 10:52 AM
Tanaman utk hiasan boleh jadi senjata pulak. Sakit tuu kalau kena batu. Pegang baby lagi, kena kepala baby camne. Geramm pulak tengok video ni
Quote nuryakmal 4-9-2019 10:53 AM
eh bodo, ko alih la balik tv tu.
Quote Pink_Purple 4-9-2019 10:53 AM
ubah la balik tv tu ketempat asal daripada ko dok buang tenaga terajang sepak bini tu..

dengan betina berani lawan..cer sesama jantan sesama guru seni memperpertahankan diri..
Quote sarahmirza 4-9-2019 10:54 AM
Cerai je la...
Apa barang simpan suami mcm tu..
Quote sarahmirza 4-9-2019 10:54 AM
Cerai je la...
Apa barang simpan suami mcm tu..
Quote ketambangkang 4-9-2019 10:58 AM
percayalah, wanita itu akan terus bertahan dengan perhubungan itu
Quote baghal_bortuqal 4-9-2019 10:59 AM
buang je lah jantan sial neh acik oi....
Quote batmana 4-9-2019 11:02 AM
dia pakai  ip camera 360 degree tu
tu yg bila replay bole PTZ  , point tilt zoom

harga kamera ni dlm rm100 -300 lebih je..
Quote NurAlia14 4-9-2019 11:02 AM
Geramnye tgk..pompuan kne berani lawan
Quote ikanmasin 4-9-2019 11:02 AM
bagus jg ada cctv sebagai bukti..lelaki mcm tu mmg tak
layak jd laki.kalau pun dlm keadaan marah kat bini tu tak
boleh ke amik baby tu letak dl tp akk rasa mmg bini dia pgg
baby tu utk protect diri tp laki spesis bijak sgt.bini tgh pgg baby
pun tgn kaki jalan..hrp2 bini report polis sbb selagi bini tak report
polis mmg polis tak tangkap lah..
Quote Artemesiaa 4-9-2019 11:06 AM
Jenis dia semua yang betul dan baran amat membahayakan elok berhentilah dari jadi punching bag dia
Quote Boomibulat 4-9-2019 11:22 AM
Bagus guru ni..sbb dia sndiri amalkan ape yg dia ajar..
Quote meya 4-9-2019 11:26 AM
Agaknya laki dia tak tahu kot ada kamera.  Nak ngadu takde bukti now ada ..hah ..terang benderang.
Quote CiliPadiSedap 4-9-2019 12:26 PM
batmana replied at 4-9-2019 11:02 AM
dia pakai  ip camera 360 degree tu
tu yg bila replay bole PTZ  , point tilt zoom

point tits zoom tu apa?

tits - nipple vokuru
Quote SWORKS27 4-9-2019 12:31 PM
bodo la bini lawa2 mcm tu sepak terajang gtu...bacul la lu
Quote arm_band 4-9-2019 01:20 PM
kalau tak larat nak alih balik, beli je la tv baru. pasal tv pun sanggup balun bini. orang sekarang layan netflix je

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.045619 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top