Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein baru-baru ini, ada mendedahkan kepada media mengenai usia bakal suaminya yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Elly ditanya ketika muncul pada majlis jualan Bazar Merdeka Habib di Habib Ampang Point, Kuala Lumpur. Menurut Elly atau dikenali sebagai Kak Lina, biarpun perbezaan usia dirinya dan bakal suami mencecah 10 tahun, kematangan yang ada pada diri lelaki itu yang buatkan Elly tertarik padanya. "Dia pun pandai ambil hati saya dan anak saya, Putri Sara Sefhia. Itu jugalah antara asbab cinta saya pada kekasih hati. "Selain itu, dia juga sangat rapat dengan ayah saya. Dialah yang selalu menjaga ayah sekarang dan senang dengan kehadirannya. Ciri-ciri inilah kenapa saya pilih dia," ujar Elly
Tetapi, bila disoal tentang nama dan siapakah jejaka tersebut, Elly mahu ianya menjadi rahsia sehingga berasa cukup bersedia untuk mendedahkannya kepada umum. "Saya nak berterima kasih kepada bakal suami kerana akan mengadakan lima majlis pada hari bahagia kami nanti. "Akan bermula dengan upacara merisik, ia diikuti dengan majlis bertunang, majlis berinai, majlis nikah sanding serta majlis menyambut menantu di Kelantan kelak," katanya teruja. Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama tersohor, Azmi Hatta. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly masih hamil empat bulan. Semoga semua urusan dipermudahkan dan hubungan kali ini berkekalan hendaknya. - CARI
|
ADVERTISEMENT