CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bukan Sekali, Tapi Dua Kali" - Guru Cium Anak Murid 14 Tahun Dipenjara 6 Bulan

3-9-2019 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2716| Komen: 11

Siapa sangka seorang guru sanggup mencabul anak murid sendiri dengan bertindak di luar batas, mencium bibir pelajar yang berusia 14 tahun.

Difahamkan guru di Singapura itu kini dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana melakukan kesalahan itu sebanyak dua kali.


Guru lelaki berusia 35 tahun itu mengaku bersalah atas kesalahan menggangu secara seksual pada anak bawah umur. 

Kredit foto:Mstar Online

Astro Awani memetik Channel News Asia sebagai berkata, guru lelaki itu mengenali mangsa ketika sama-sama terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum (CCA).

Ketika itulah dia mula menghantar pesanan ringkas kepada pelajar itu. 

Pada 28 Julai tahun lalu, guru itu membawa sekumpulan pelajar termasuk mangsa keluar menonton sebuah pementasan. 

Selepas pementasan tamat, guru mengajak mangsa untuk makan malam bersama. Ketika selesai makan malam itulah, guru cuba mencium bibir mangsa. 

"Mangsa sangat terkejut dan bimbang," kata pendakwaraya.

"Dia (mangsa) berasa sangat malu dan ketakutan. Tidak tahu apa reaksi yang patut diberi, dia (mangsa) hanya ketawa."

Tertuduh sekali lagi melakukan perkara sama ketika beriringan pulang. Mangsa kemudiannya mengadu kepada gurunya yang lain dan hasil daripada itu, seorang guru wanita membuat laporan polis sebelum tertuduh ditangkap. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 3-9-2019 06:53 PM
Amboi cikgu!
Jangan la mengajar benda yg xpatut
Nasib la ank muridnya lebih bijak tindakannya dr dia
Quote -Suri- 3-9-2019 07:09 PM
Bahaya cikgu camni
Quote Lengkong 3-9-2019 08:00 PM
Anak murid yang bagus, ambil tindakan yang bijak.


Quote Bangbot 3-9-2019 10:23 PM
Tuh genius matematik di ukm tuh.. Esuk 2 cenggini lah.. Pedo gila castration sajalah depa nih semua
Quote swimswim 3-9-2019 10:28 PM
Bagus.. Mcm ni la patutnya berlaku.bukan sekadar tukar guru g sekolah lain
Quote diggerr 4-9-2019 07:29 AM
{:cryrun {:cryrun
Quote eLiaD 4-9-2019 07:50 AM
gile weh ciom budx 14 taon zman mak bpak aq umo cm tu dh bole kaWeN kahkahkah
Quote rosasen 4-9-2019 10:35 AM
mcm ni la bagus, terus amik tindakan
Quote BlueRose99 4-9-2019 11:31 AM
Mesti pelajar pompuan tu chantek. Eh!
Quote Cumi2 4-9-2019 01:56 PM
Lau dh miang sgt kotey tu jdi bintang porno jela...ni jd cikgu xdpt tahan nafsu murid2 ko kerjakn
Quote scorpionkiki 4-9-2019 01:58 PM
BlueRose99 replied at 4-9-2019 11:31 AM
Mesti pelajar pompuan tu chantek. Eh!

Kan.....sampai cikgu tu tak dpt fikir

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.325447 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top