Susulan tuduhan Econsave dikatakan tidak lagi menjual barangan keluaran bumiputera Muslim yang tular di laman Facebook, syarikat itu membuat laporan polis.
Memetik laporan Sinar Harian, Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) membuat laporan polis itu di IPD Johor Bahru. Menurut pengurus besarnya, Mas Imran Adam, Econsave mengambil serius tuduhan dan fitnah tersebut. "Pihak Econsave juga menyertai program sesi padanan perniagaan anjuran Halal Industry Development (HDC) yang memberi platform kepada usahawan-usahawan bertemu dengan pasar raya-pasar raya besar dan peruncitan untuk memasarkan produk mereka. "Hampir 80 peratus peserta terdiri daripada usahawan-usahawan Bumiputera," katanya.
Econsave juga difahamkan memberi tempoh masa 48 jam kepada pemilik akaun FB tersebut agar memohon maaf dan menarik balik maklumat palsu itu. "Kami mengesyorkan agar para pengguna serta warganet untuk tidak menularkan posting berunsur fitnah tersebut. "Di kesempatan ini, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan yang terus menyokong kami," katanya lagi. - CARI
|
bezita60 replied at 3-9-2019 11:11 AM
Terima kasih sebab tolong promote dan sebut jenama2 keluaran Muslim itu..
dodolgemok replied at 3-9-2019 11:16 AM
Ye lah, fitnah kehulu kehilir xpe asalkan dpt promote produk moslem kan? Moga kaki fitnah dilaknat ...
sarahmirza replied at 3-9-2019 11:35 AM
Walaupun i tak pernah masuk econsave (tak tau pun kat mana econsave kat area rumah), takde la i nak ...
krustykrab replied at 3-9-2019 11:49 AM
Khennnn....nk promote kedai sendiri tp sanggup memfitnah kedai lain...mana la rezeki nk masuk...
...
produk-produk Bumiputera dan Muslim seperti kicap Tamin, kicap Adabi, kicap Kipas Udang, produk Faiza, kicap Enaq, Minyak Saji dan banyak lagi produk-produk lain.
bezita60 replied at 3-9-2019 11:11 AM
Terima kasih sebab tolong promote dan sebut jenama2 keluaran Muslim itu..
pyropura replied at 3-9-2019 02:43 PM
Takkan Mulayu moslem tak kenai brand moslem? Ko kata melayu bodoh kaa???
...btw Econsave kena lah ...
bezita60 replied at 3-9-2019 11:31 AM
Aaamin.
Terutamanya semua pemimpin PH yg kaki fitnah. Harap beringat2.
dizekni replied at 3-9-2019 12:11 PM
Goyang la tu buat report
ahaha
R2D2 replied at 3-9-2019 11:38 AM
secara tak langsung ECONSAVE sebut juga produk Muslim
free marketing
ADVERTISEMENT