CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Aspirasi Dasar Pendidikan Dr. Maszlee Sama Macam Filem Tamil?

4-9-2019 11:34 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5195| Komen: 23|Original author: natrahn

Kredit Foto - Google

Dua bulan lepas filem ini keluar. Filem tamil Raatchasi menerima pujian netizen apabila memaparkan dilema sebenar warga pendidik. Filem ini turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Dr. Maszlee yang menyifatkan filem ini menjadi cerminan hala tuju dasar pendidikan negara yang diidaminya.

Maszlee juga mengakui "rasa berbeza menonton sebagai menteri" hingga menyebabkan sudut pandang beliau terhadap filem tersebut refleks dengan situasi pendidikan negara. 

Jyothika Saravanan selaku teraju utama filem Raatchasi

Ada empat isu besar yang diketengahkan oleh pengarah filem iaitu perbezaan pendidikan, sikap guru kerajaan dan swasta, ketaksuban kasta punca anak-anak saling bermusuhan serta campur tangan politik dalam institusi pendidikan. 

Maszlee Malik menyifatkan plot filem itu 'luar biasa' dengan 'watak sempurna' menganggap filem berkenaan menterjemah aspirasi beliau menerusi entri yang dimuat naik di laman Twitter peribadi beliau.

Twitter Dr. Maszlee 


Kenyataan wakil rakyat Simpang Renggam mengundang reaksi positif warga maya terutama mereka yang pernah menonton filem tersebut.




Filem ini hadiah kepada semua warga pendidik di seluruh dunia. Benar-benar memberi inspirasi dan terima kasih kepada penulis cerita ini yang memaparkan realistik dunia pendidikan di sekolah.

Kita tak mampu nak ubah sistem, tapi kita boleh ubah masa depan anak murid kita dengan pendidikan. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 3-9-2019 02:02 PM
'Raatchasi' terjemah aspirasi saya - Maszlee
BERNAMA

MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik menyifatkan filem Tamil ‘Raatchasi’ menggambarkan dasar dan perubahan yang sedang digubal untuk dilaksanakan dalam pendidikan negara.

Beliau berkata, filem itu menterjemahkan aspirasi beliau antaranya inisiatif Program Sarapan Percuma yang juga ingin melihat guru boleh duduk makan sekali dengan anak murid.

Maszlee menjelaskan filem itu mempunyai jalan cerita yang luar biasa dan watak sempurna yang dilakonkan oleh pelakon utama, Jyothika.

“Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita.

“Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil,” katanya dalam catatan di Facebook, Twitter dan Instagramnya hari ini selepas beliau menonton bersama pegawainya semalam.

Filem Raatchasi, arahan S Gowthamraj itu memaparkan Jyothika memainkan peranan utama dalam mengharungi liku dan ranjau sebagai seorang guru besar yang berdisiplin tegas ingin memperbaiki keadaan sekolah daif yang dikendalikan oleh kerajaannya.

Maszlee memberitahu, filem itu turut menyentuh isu keciciran murid yang mana watak Geetha sudah berjaya membabitkan semua pihak untuk mengatasi isu keciciran murid termasuk pihak polis.

“Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘penguatkuasaan’ itu berlaku di semua penjuru agar tiada lagi kanak-kanak yang tercicir,” katanya.

Beliau juga berkongsi, watak Geetha berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar dan menubuhkan seolah-olah seperti Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk memastikan ibu bapa terbabit aktif dengan pendidikan anak-anak mereka.

Menjadikan pendidikan sebagai visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar beliau kerana Maszlee yakin pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.

Beliau juga menyarankan semua pihak termasuk semua warga pendidik, ibu bapa, murid-murid untuk turut menonton filem itu.

Sejak kebelakangan ini, filem berdurasi dua jam 14 minit itu tular dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya netizen Melayu kerana tertarik dengan jalan ceritanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019
Quote want2bhappy 3-9-2019 02:50 PM
suruh pegawai tentera jadi guru besar hihih
Quote CiliPadiSedap 3-9-2019 04:39 PM
ok lega , nasib baik dia letak jawatan UIA dulu tu.kalau x mmg xpercaya dia n
Quote tagas 3-9-2019 06:00 PM
not bad 4/5

dia nyer part best on intermission sejam pertama

second part biasa2 jer

slalu nya movie awal2 ngantuk

masuk intermission baru pancut

movie ni sebalik nya

heroin nye pun mmg ada aura

seswai dgn watak
Quote Jiddin 3-9-2019 06:45 PM
Cikgu plg lucky dlm movie tu cikgu math baru yg kena sepak dgn gengster yg tgh punggah budak2 sekolah dlm lori tu.

Clearly he is a new and passionate teacher. Posting sekolah bermasalah. Tiba2 dpt mentor hebat. Just imagine klau Geetha Rani tak pi sekolah tu, pasti spirit cikgu Math Tu wasted mcm tu ja.
Tahniah cikgu.
Quote cik_chili 3-9-2019 06:49 PM
dpt good review...harap macam 3 idiots ...kepuasan maksimum....xde apa yg buruk nk ckp...kebabooommm.
Quote dua_chzy 3-9-2019 06:53 PM
Maszlee,

Cikgu2 dalam pilim tu takde dikerah buat kerja2 pengurusan, kejar KPI segala kan? Deyol watak2 cikgu dalam pilim memang fokus solely pada pembangunan/kemajuan pelajar khen? Bukan fokus ke pengurusan fail, etc segala hanat yang cikgu2 Malaysia perlu hadap?
Quote dani-rox 4-9-2019 01:01 AM
kalau ada adegan cenggini, why not? akak suka over the top punya dramatic

Quote natrahn 4-9-2019 11:34 AM

Kredit Foto - Google




Dua bulan lepas filem ini keluar. Filem tamil Raatchasi menerima pujian netizen apabila memaparkan dilema sebenar warga pendidik. Filem ini turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Dr. Maszlee yang menyifatkan filem ini menjadi cerminan hala tuju dasar pendidikan negara yang diidaminya.

Maszlee juga mengakui "rasa berbeza menonton sebagai menteri" hingga menyebabkan sudut pandang beliau terhadap filem tersebut refleks dengan situasi pendidikan negara.



Jyothika Saravanan selaku teraju utama filem Raatchasi




Ada empat isu besar yang diketengahkan oleh pengarah filem iaitu perbezaan pendidikan, sikap guru kerajaan dan swasta, ketaksuban kasta punca anak-anak saling bermusuhan serta campur tangan politik dalam institusi pendidikan.


Maszlee Malik menyifatkan plot filem itu 'luar biasa' dengan 'watak sempurna' menganggap filem berkenaan menterjemah aspirasi beliau menerusi entri yang dimuat naik di laman Twitter peribadi beliau.




[twitter]https://twitter.com/maszlee/status/1168401430362804225[/twitter]

Twitter Dr. Maszlee









Kenyataan wakil rakyat Simpang Renggam mengundang reaksi positif warga maya terutama mereka yang pernah menonton filem tersebut.










Filem ini hadiah kepada semua warga pendidik di seluruh dunia. Benar-benar memberi inspirasi dan terima kasih kepada penulis cerita ini yang memaparkan realistik dunia pendidikan di sekolah.


Kita tak mampu nak ubah sistem, tapi kita boleh ubah masa depan anak murid kita dengan pendidikan. - CARI
Quote R2D2 4-9-2019 11:36 AM
aku tak jumpa cite ni dlm Youtube
yg ada cuma trailer
Quote Bedah.Cun 4-9-2019 11:46 AM
Ta tha da dha tagedahagedhaaa
Quote diggerr 4-9-2019 12:00 PM
Something to ponder
Quote Rogue98 4-9-2019 12:09 PM
Apa2 pun kalau dapat menteri kaki penipu pun tak guna Maszlee oiii...
Quote harizs 4-9-2019 12:14 PM
Mazlee nak bodek kaum india le tu yg maki hamun dia pasal isu tulisan jawi baru ni
Quote kucingitam 4-9-2019 12:25 PM
Dr Maszlee pun pandai buat bebenang dah..
Quote natrahn 4-9-2019 12:29 PM
kucingitam replied at 4-9-2019 12:25 PM
Dr Maszlee pun pandai buat bebenang dah..

Ikut peredaran zaman. Aku jugak yang pening-pening lalat lagi baca thread kat Twitter
Quote ketambangkang 4-9-2019 12:33 PM
baahubali dh tgk lom doc? best tau..
Quote cclina2 4-9-2019 03:45 PM
Edited by cclina2 at 4-9-2019 07:49 AM

I SUED THE SCHOOL SYSTEM



I Sued school system
Menteri2 kena tgk video ni


Quote palmolive 4-9-2019 03:48 PM
harapnya Menteri Pendidikan lepas tengok citer ni inspirasi lebih la lagi dari cadangan kasut hitam..
dan reti2 la tegur timbalan tu...

kalo tak, no point la setakat sembang jek

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.217033 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top