CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Orang Muda Nak Merempat Sampai Bila?"- Warganet Kecam Cadangan Naik Usia Bersara

3-9-2019 11:37 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 4558| Komen: 32|Original author: HakirRahman

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran sekali lagi mendedahkan "cadangan bijak" diberikan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu meningkatkan usia persaraan wajib daripada 60 hingga ke 65 tahun, seperti yang diamalkan beberapa buah negara maju lain. 


Seperti diduga, cadangan itu mencetuskan kemarahan ramai warganet yang menyifatkan ia tidak adil untuk orang muda yang terus bergelut mencari peluang pekerjaan lebih baik. Bukanlah maknanya, kalau CEO bersara, anak muda akan naik jadi CEO, tetapi semua orang akan perlahan-lahan naik pangkat, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda memasuki industri untuk jawatan rendah. 

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran sekali lagi buat hal. Foto: Google


Rata-rata warganet mempersoalkan cadangan menteri itu, menyifatkan biarlah orang tua bersara, menikmati kehidupan tua dengan duit KWSP mereka. 

"Orang Muda Nak Merempat Sampai Bila?"- Warganet Kecam Cadangan Menteri Naik Usia Bersara

Ada juga yang memerli kononnya cadangan ini untuk memaksa anak muda terus kerja teruk seperti bawa Grab dan sebagainya kerana pekerjaan lain dipegang orang tua. 

"Orang Muda Nak Merempat Sampai Bila?"- Warganet Kecam Cadangan Menteri Naik Usia Bersara
Malah, usia 65 tahun itu juga dianggap tidak sesuai kerana ramai orang tua tidak akan produktif dalam kerja. 

"Orang Muda Nak Merempat Sampai Bila?"- Warganet Kecam Cadangan Menteri Naik Usia Bersara

Malah, sekiranya diterima, lebih ramai anak muda yang "merajuk" keluar cari pekerjaan di luar negara kerana di Malaysia tiada peluang untuk mereka. 

"Orang Muda Nak Merempat Sampai Bila?"- Warganet Kecam Cadangan Menteri Naik Usia Bersara

Pendek kata, cadangan menteri ini ditentang banyak pihak. Betul juga kan, kalau asyik orang tua diberi peluang, orang muda terus merempat la jawabnya. 

Jadi, anda sanggup ke kerja sampai umur 65 tahun? - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 3-9-2019 11:52 AM
Orang tua keja gomen
Orang muda keja gojek
Quote ekod79 3-9-2019 11:54 AM
30-40 tahun bekerja...tak cukupkah lagi?
Quote krustykrab 3-9-2019 11:55 AM
Betul jgk tu....mostly yg tua ni kalau x bersara mmg mcm haram keje diorg....suruh ni x nak suruh tu x nak, penat la tulang reput la...tak guna bg yg dah umo 55 tu keje lg...kesian warga muda tak berpeluang nk keje if yg tua nyanyok ni tak nak bersara.
Quote Buritan 3-9-2019 11:57 AM
Boomibulat replied at 3-9-2019 11:52 AM
Orang tua keja gomen
Orang muda keja gojek

Buek bisnes.. tak yah hadap keje gomen
Quote binipopeye 3-9-2019 12:10 PM
bersara 60thn tu elok dah.. biasa yg lepas age 55thn nih ramai dh xlarat nk pening2 buat keje.. xleh handle stress... buat keje pun memilih tp gajiiiii xmo kalah kurang... selective sgt yg still bole go with job after 60... cuma few ppl yg betul2 otak bernas & masih rajin semangat... utk mereka ni xbleh laa smpi govt msuk campur nk extend open to all...

lain laaa keje2 yg xyah byk pikir... jd cleaner ker... kemas2 meja kt mcD ker... haaa itu bole laaa nk open retirement age smpi age 80 pun...
Quote Metana 3-9-2019 12:11 PM
banyak je org tua yg dah pencen masuk balik serap sebagai kontrak. sebabnyer..mereka je pakar buat benda tu..jd anak2 muda yg demand nk naik pangkat , gi belajar tuntut ilmu ngan orang tua
Quote Kurex 3-9-2019 12:15 PM
Apa yg bagus sangat sampai nak ikut singapork tu?
Quote sarahmirza 3-9-2019 12:16 PM
Metana replied at 3-9-2019 12:11 PM
banyak je org tua yg dah pencen masuk balik serap sebagai kontrak. sebabnyer..mereka je pakar buat b ...

Sesetengah jawatan kita setuju disambung kontrak....cth mcm lecturer, doktor pakar, profesional engineer etc...

Tapi kalau setakat achik kerani buat kerja copy paste paper utk meeting, umur 50 tahun bersara la...

Ada je i jumpa orang tua dah pencen kerajaan di ambil kerja dengan consultant...
Sebab depa bagus, ada pengalaman, networking pun bukan biasa2.....
Quote fliphair8 3-9-2019 12:28 PM
batak nau nak tiru singapore, jangka hayat org sana panjang. kesedaran terhadap kesihatan sangat tinggi akibat dari terbeban dengan kos sara hidup yg terlalu tinggi.  Besides beri peluang pada yg lebih muda menerima kenaikan pangkat atau mengisi kekosongan jawatan.  Orang mesia banyak yg mati sebelum 65, dan banyak juga kes tidak mendaftarkan pewaris atau mempunyai wasiat.  Mati mengejut, segala proses pembahagian harta akan menjadi lengthy, dengan caj yg tinggi dari amanah raya.  Silap haribulan, pergi kepada harta/wang yg tidak dituntut pool. satu penganiayaan pada yg hidup and satu keuntungan kepada kerajaan.  yg mencadangkan ni mesti nak duk kat kerusi tu kalau bole sampai kiok kan? sah2 family dia cukup makan 7 keturunan.
Quote nefnefnef 3-9-2019 12:37 PM
Kasi can la generasi muda dapat peluang kerja pulak. Kluar uni dah standby hutang PTPTN bagai. Lagipun, colleagues iols yg senior2 ni mostly suka ngelak kerja.
Quote haryatie 3-9-2019 12:44 PM
apa yg keluarkan dr mulut dia ni semua mcm haremmmm
xde satu pun yg bagus
semak betul la dia ni
Quote laksmanabentan 3-9-2019 01:12 PM
kalau bidang2 tertentu okay la...
boleh accept..
ini yg kerani2... pegawai2 tu semua nak kerja sampai 65 tahun tu...
addddooiii.... efficient ke weeeiii....
Quote prettyuglybabe 3-9-2019 01:29 PM
boleh je but kena la ada review dan medical check up..
mana yang tak perform kena retire..
mana yang sakit-sakit tu pun kena retire..
mak bapak zaman ni memang kena kerja sampai mati..
kalau tak macam mana nak sara anak manja kebanggaan dorang tu..
anak ada yang dah beranak pinak pun masih harap mak bapak tanggung..
Quote Siput_Sawah 3-9-2019 01:33 PM
bila Muntri tak ada modal, mula la bagi idea maharaphu macam ni. umur 55-60 tu kira umur terbagus untuk bersara la...


Quote monsinc16 3-9-2019 02:13 PM
Takyah la sampai 65, 55 pun dah boleh pencen. Membazir je duduk lama2 tak buat kerja. Yang buat keje org muda, yg membazir beras yg dah sedar tak mampu tapi still nak ada jawatan kat tmpt keje. Pencen je laaaaaaaaaa
Quote shamsadis 3-9-2019 02:22 PM








Quote lalalxlx 3-9-2019 03:23 PM
sarahmirza replied at 3-9-2019 12:16 PM
Sesetengah jawatan kita setuju disambung kontrak....cth mcm lecturer, doktor pakar, profesional en ...

ahahaha setuju sangat
Quote cikatilia 3-9-2019 03:52 PM
laksmanabentan replied at 3-9-2019 01:12 PM
kalau bidang2 tertentu okay la...
boleh accept..
ini yg kerani2... pegawai2 tu semua nak kerja sa ...

ye
bila yg atas dia muda2 suruh buat itu ini
bitter
buat sambil bebel komplen itu ini

pastu tup2 mc cuti sakit la bagai

mcm jiran aku - masa dia jadi kerani tu org2 keje tmpt tu semua complaint
kita nak amik cuti dia plak bersyarah
mcm la amik annual leave dia.. kena record aje pon cuti org
bukan kena galas gas ke hapa


Quote missycutie 3-9-2019 07:10 PM
Cukup2 la tu.
Umur 60tahun tu pun dah terlalu tua untuk bekerja. Inikan 65tahun. Rumah kata pergi, kubur kata mari.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.089161 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top