Oktovia Manrose yang pernah menjadi skandal Aliff Aziz sebelum ini menepis dakwaan netizen yang menganggap beliau pemusnah rumah tangga orang. Dia juga mendedahkan ramai suami orang sebelum ini ingin menjadikan beliau sebagai skandal, namun dia menolak.
"Sejujurnya, pengalaman pedih itu suatu pengajaran. Kini, saya lebih berhati-hati. Kepada yang suka berburuk sangka, hentikanlah! Kalau masih ada yang fikir saya pemburu cinta suami orang, tolonglah. Saya bukan begitu. "Sebelum ini orang tak tahu saya pernah menolak harapan lelaki-lelaki dalam kalangan suami orang. Ada yang nak menjadikan saya kekasih dalam diam. Saya menolak, memang tak mahu. Saya bukan perampas suami orang," katanya kepada wartawan Rotikaya Janda anak satu, Oktovia mendakwa ramai yang cuba mengeruhkan lagi keadaan apabila dia dan Aliff Aziz tertangkap basah sehinggakan dia menjadi trauma. "Lebih mengejutkan apabila kita berdiam, ada pula menambah cerita, memfitnah dan berburuk sangka. Macamlah saya ni tak ada perasaan. "Orang tak tahu kesan berdepan masalah saya tak boleh tidur malam dan tak lalu makan," katanya lagi. Semoga Oktovia Manrose insaf dan tidak mengulangi kesalahannya itu. - CARI
|
ramai suami orang sebelum ini ingin menjadikan beliau sebagai skandal
chicozinn replied at 3-9-2019 12:23 PM
dia ngan aprillia tu ade tgok takde aura pelakon..soriii nyahhh
helicornia replied at 3-9-2019 02:17 PM
ayah dia iwan dangdut tu kawin dgn arwah rosnah mohd nor sebelum atau selepas kapel dgn amelina?
Biabetik replied at 3-9-2019 02:35 PM
Kalau laki orang tu dtg bwk lambor mcm tunang si najwa ke hape nama pelakon tu ko tolak x agak2nya?? ...
TerataiMelur02 replied at 3-9-2019 05:36 PM
X tolak sis.. Tapi akan gunakan agama "dia seorang yg baik, ketika sy sakit dia hari2 bacakan yass ...
ADVERTISEMENT