Perkahwinan sepasang pengantin baru di Surabaya, Indonesia yang baru didirikan 4 bulan lalu musnah apabila wanita itu menangkap suaminya sedang memperkosa adik perempuannya yang berumur 14 tahun di dalam kamar mandi.
Wanita itu kemudian melaporkan perbuatan tidak senonoh suaminya kepada polis. Dalam siasatan, lelaki itu, M Faisal, 26 mengaku sudah merogol adik iparnya sebanyak 7 kali dan cubaan kali ke 8 membawa padah apabila isterinya tiba-tiba balik awal dari kerja. Alasan yang diberikan oleh M. Faisal ialah beliau dirasuk syaitan dan naik nafsu setiap kali melihat adik iparnya berganti pakaian. "Khilaf saya sudah merogol 7 kali, kali kelapan ketahuan," kata Faisal memberitahu polis. Perbuatan terkutuk itu sudah berlanjutan 2 bulan sejak isterinya membawa remaja perempuan itu tinggal bersama dalam bilik sewa mereka kerana ibu bapa mereka bercerai pada April 2019. Menurut Tribun Jakarta, remaja tersebut takut untuk melaporkan perbuatan terkutuk abang iparnya kerana takut akan merosakkan kebahagiaan perkahwinan kakaknya yang baru berlangsung. Faisal akan didakwa menurut peruntukan undang-undang kanak-kanak di negara itu dan jika disabitkan bakal dihukum penjara 15 tahun.- CARI |
krustykrab replied at 3-9-2019 11:40 AM
Gila ko, ajak adik duduk sekali dgn laki dlm bilik yg sama....indon ni pelik betoi...
mieymiey replied at 3-9-2019 12:12 PM
Kakak pun, dah kenapa bawa adik tinggal sekali. Kakak kerja, tinggalkan laki dengan adik tu.
Yang ...
eyansss replied at 3-9-2019 12:21 PM
penceraian bukan alasan untuk makpak lepas tangan sampaikan anak lain pulak nak kena ambilalih bela ...
Boomibulat replied at 3-9-2019 11:45 AM
Mmg pelik pn sis..kat area rmh i 4 pasangan sewa 1 rumah..ntah kawin ntah tak
ADVERTISEMENT