CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Aziz Harun Bikin Kejutan, Umum Undurkan Diri Daripada Big Stage 2019

2-9-2019 08:28 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 9450| Komen: 34|Original author: Myeonir

Pentas Big Stage 2019 kembali dengan episod baru malam semalam. Ramai yang tak sabar menantikan persembahan apa yang ditonjolkan oleh artis kegemaran mereka.

Kalau kita lihat Hanbyul mendapat pujian melambung daripada juri selain mendapat undian tertinggi untuk dua minggu berturut-turut, lain pula ceritanya dengan Aziz Harun yang sering menerima komen negatif.


Sebelum bermulanya Big Stage semalam, Aziz telah memuat naik satu entri di laman Twitternya sehingga menimbulkan teka-teki para peminatnya.

Kredit foto: Twitter
Teka-teki itu terjawab apabila artis lelaki itu sendiri mengumumkan bahawa dia ingin mengundurkan diri daripada pertandingan tersebut selepas selesai persembahannya.


Sementara menunggu keputusan rasmi daripada pihak produksi dan Aziz sendiri, ramai yang 'speku' mungkin artis itu tertekan kerana mendapat komen negatif dari juri saban minggu.

Namun begitu, pada akhir episod itu, Aziz menjelaskan bahawa dia mendapat tawaran belajar di UK dan dia tidak mahu melepaskan peluang ini.

Dia juga menjelaskan bahawa ini adalah impian ibu dan ayahnya jadi dia mahu merealisasikan keinginan mereka itu sebagai anak.



Rata-rata peminat melahirkan rasa sedih dengan berita itu dan mengharapkan yang terbaik untuk Aziz apabila merantau ke negara orang.

Kredit foto: Twitter
Tak kurang juga yang pelik kenapa Aziz membuat keputusan untuk menyertai Big Stage jika dia hanya akan meninggalkannya separuh jalan.

Kredit foto: Twitter
Ada juga penonton yang hairan kenapa Dinda Permata terselamat daripada penyingkiran walaupun dia mendapat markah terendah. Hanya kerana Aziz mengundurkan diri, tak seharusnya pihak produksi menyelamatkan artis dari Indonesia itu.

Apa-apa pun good luck Aziz! -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 2-9-2019 08:47 AM
Nasib baik tak tgk BIG STAGE.. Buang masa
Quote RatuDunia94 2-9-2019 11:15 AM
Hahaha... Tajuk artikel munkin berbeza yach kalau heols perfom well kat Big Stage. Mungkin begini "AZIZ HARUN SANGGUP MENOLAK TAWARAN BELAJAR DI LUAR NEGARA UNTUK FOKUS BIG STAGE"

Kalau betul heols sejenis mengutamakan pendidikan. Dr awal x terima tawaran BS ni.

Contohnya gini lah.. ko apply UPU. So expect result dah maklum akan keluar bila.. tp ko gatal nak terima tawaran yg memerlukan ko bg komitmen selama 3 bulan. And komitmen tu terang2 akan bercanggah dgn tawaran UPU nanti.. mesti heols sejenis yg bila suka buat.. bila x suka tinggal..

Anyway bagus lah sambung belajar je.. x payah jd penyanyi.. xde masa depan pun dik.
Quote laksmanabentan 2-9-2019 11:57 AM
hayrin86 replied at 2-9-2019 08:47 AM
Nasib baik tak tgk BIG STAGE.. Buang masa

setuju sangat.... buang masa...

Quote Themilo 2-9-2019 02:03 PM
RatuDunia94 replied at 2-9-2019 03:15 AM
Hahaha... Tajuk artikel munkin berbeza yach kalau heols perfom well kat Big Stage. Mungkin begini "A ...

persoalannya sekarang, diraf dias nak sokong team mana pasni nyehh?.. aziz dah tarik diri, heshe menghimpit team mana pulak agaknya kan?? haha
Quote cikdilla 2-9-2019 02:08 PM
Walapaun iols x tengok big stage,tapi iols suka jah aziz harun ni
Quote grouper 2-9-2019 02:17 PM
Who r ussss
Quote beta_carotene 2-9-2019 02:46 PM
RatuDunia94 replied at 2-9-2019 10:15 AM
Hahaha... Tajuk artikel munkin berbeza yach kalau heols perfom well kat Big Stage. Mungkin begini "A ...

Sejenis rakyat brunei mmg camtu
Theyols ada inferiority complex
Quote messymimi 2-9-2019 03:23 PM
Xde thread kesinambungan kah utk big stage ni?? Iols first time tgk ni haa..ada ulangan ptg ni. Satu je iols nk ckp. Haukkkk sgt tokti bagi markah ko dh knp tokti? Telinga tersumbatkah?? Ntah pape bagi markah..peliksss sgt..

Utk ajis arun, all the best! Bljr je lh dikk..xyah jd penyanyi. X ke mana pun nnti. Kbye.
Quote gideoncross 2-9-2019 03:24 PM
beta_carotene replied at 2-9-2019 02:46 PM
Sejenis rakyat brunei mmg camtu
Theyols ada inferiority complex

Iols yg rkyt Brunei pun boleh bgithu "budak2 pndai" kat negeri iols ni bakalan d hntr ke UK utk smbung study sbb "nadi mnymbung plajaran" utk students negeri ni mmg kat situ. Haha, jarang nak dngr dorg2 ni nak smbung study kat negara2 lain mlainkan UK, klau adapun xbanyak.

Quote gideoncross 2-9-2019 03:26 PM

Iols yg rkyt Brunei pun xkisah dgn artis2 kat sini, xknal pun, klau thu pun cuma stok utk iols kutuk2 je.
Quote September14 2-9-2019 03:53 PM
Bgusla tarik diri sbb nk smbung study lgpun  x langgar contrak pun kan. smntara nk tgu result kuar apa slhnya buat something yg mndtgkn faedah mngkin dpt duit jgk. So bg iol kputusan yg bgus n bijak
Quote Lula2 2-9-2019 03:57 PM
gideoncross replied at 2-9-2019 03:24 PM
Iols yg rkyt Brunei pun boleh bgithu "budak2 pndai" kat negeri iols ni bakalan d hntr ke UK utk sm ...

Diorg ni self funded kah?
I pun dulu study ramai jumpa bruneian..
Quote wordlife 2-9-2019 04:02 PM
messymimi replied at 2-9-2019 03:23 PM
Xde thread kesinambungan kah utk big stage ni?? Iols first time tgk ni haa..ada ulangan ptg ni. Satu ...

ada...meols baru siap renovate tadi yang lain malas nak bukak, biadap yach

sini
Quote WajibulGhunah 2-9-2019 04:08 PM
Rugi tempat tu sepatutnya boleh diganti dengan penyanyi bbnu lain
Banyak lagi yang ada potensi yg patut masuk
Quote RatuDunia94 2-9-2019 05:00 PM
Themilo replied at 2-9-2019 02:03 PM
persoalannya sekarang, diraf dias nak sokong team mana pasni nyehh?.. aziz dah tarik diri, heshe m ...

Iols cadangkan heshe join fc santesh..
Quote gideoncross 2-9-2019 05:06 PM
Lula2 replied at 2-9-2019 03:57 PM
Diorg ni self funded kah?
I pun dulu study ramai jumpa bruneian..

Mostly under scholarship govt bgi tpi yg kaya biasanya bayar sndri.

Quote sleepandream 2-9-2019 05:22 PM
iols tengok big stage pun sebab nak tengok tokti jah...
kau nyanyi la bagus mana pun vokal sampai langit ke tujuh pun tapi takde x-factor kau tetap sendu... (rujukan:idayu afmegastarz)
Quote Kurex 2-9-2019 06:12 PM
Tak pernah terdetik hati nak layan program macam ni
Quote minah_selekeh 2-9-2019 06:54 PM
Malas nak layan bigstage.. Sebab diorang ni ramai yang dah sedia artis kan? Tapi sendu.. So malas nak layan walaupun ada yang recommend tengok Hanbyul sorang..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044034 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top