Penyanyi BBNU yang mencetuskan kontroversi sejak beberapa minggu lepas kerana berperangai biadap dan memukul seorang pekerja stesen minyak, Zynakal disahkan menghidap penyakit Bipolar Mania dan sedang ditahan di wad psikatari Hospital Kuala Lumpur.
Bipolar mania adalah sejenis penyakit mental yang menyebabkan pesakit mempunyai tenaga yang terlalu tinggi, sukar tidur dan memberikan tumpuan kepada perkara dilakukan dan menyebabkan seseorang berubah mood dengan sangat pantas. Menurut laporan mStar, kawan baiknya, Syazman Zanini berkata, penyanyi itu dipujuk ke hospital selepas didenda mahkamah oleh mereka dan sedang menjalani rawatan.
"Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain dari dirinya yang menggambarkan itu bukan dirinya. "Awalnya menolak, namun akhirnya dia akur dengan permintaan kami, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera. Buat masa ini tidak dapat dipastikan bila akan dia dibenarkan pulang," katanya. Sudah jelaslah punca sebab penyanyi itu bertindak seperti "orang tak berapa betul", rupa-rupanya memang ada sakit. Nasib baik bukan kerana dadah atau diganggu jin seperti kata "ustaz". Berubatlah dik, penyakit mental zaman sekarang ada penawarnya kalau diketahui awal-awal. Semoga cepat sembuh! - CARI |
unguaurora replied at 2-9-2019 09:22 AM
Si topi nasi yg beriya2 nk bw si nakal ni ke hulu langat sbb nk jumpa ustaz tu apa cerrrr? gan ...
sarah82 replied at 2-9-2019 10:24 AM
Kan aku dah kataaa.. Jin kalau boleh saman manusia dah lama kaya raya peguam dari kalangan Jin.. Sak ...
olezzeli17 replied at 2-9-2019 10:50 AM
Jom kita saman manusia, kata jin2 semua.. Hahaha
ADVERTISEMENT