Bila bercakap soal kaum, kita sering dimomokkan dengan andaian bahawa penipuan sering berlaku lebih-lebih dalam urusan perniagaan. Tetapi, kadang-kadang sebenarnya sesama bangsa lebih kuat menipunya. Anda pernah kena? Baru-baru ini, seorang mekanik Cina berkongsi kisah yang berlaku di kedainya melibatkan seorang pasangan warga emas Melayu. Nicky Tan menulis tentang sepasang warga emas yang datang ke kedainya untuk menukar bateri. Tetapi, mendengarkan harga bateri baru yang agak mahal, pasangan itu jadi serba salah kerana tidak cukup duit. Kesian dengan pasangan itu, Nicky memberikan diskaun supaya pasangan itu boleh balik ke rumah mereka. "Mereka menyeluk saku sebelum mengeluarkan wang tunai RM90, baucer bernilai RM20 serta syiling. Hati saya tersentuh melihat situasi ini, apatah lagi sebahagian cat pada kereta mereka tertanggal selain dinding berlubang manakala ada kesan gam pada radiator. Dalam hati saya tahu mereka bukan orang senang," katanya dilapor akhbar Harian Metro. Melihatkan keadaan itu, Nicky memutuskan memberi diskaun, kerana menurutnya "walaupun tak kaya, dia tidaklah sampai berlapar". "Saya minta mereka simpan syiling serta not RM10 untuk mengisi petrol pulang ke rumah di Subang manakala baucer itu pula saya simpan dan tidak sesekali akan dibelanja kerana ini kenangan sukar dilupakan. "Apabila berhadapan kes seperti ini, saya sebenarnya diuji, sama ada hendak tolong atau tidak. Soal bangsa, kita perlu tolak ke tepi, kita sama-sama hulurkan bantuan. "Saya pernah melalui situasi ini. Saya tidak kaya, tetapi tidak la sampai berlapar. Apabila kita pernah berhadapan situasi seperti ini, kita akan merasainya," katanya. Tindakannya itu mendapat pujian warganet, yang menyifatkannya sebagai semangat Malaysia! Begitulah kisahnya, susah ni tak mengenal kaum, dan selalunya kita lebih banyak persamaan dengan orang susah kaum lain berbanding orang kaum sendiri yang senang lenang banyak duit macam air. Selamat Hari Merdeka! - CARI |
sayawifenikmie replied at 1-9-2019 11:39 AM
.... ramai je Cina baik ... seperti ramainya melayu/islam yg jahat mengalahkan syetannnn
Malaysia.Doom replied at 1-9-2019 12:24 PM
Hahaha...betul...aku tengok sejahat Cina takda la sejahat Melayu.
Melayu punya jahat kawan baik ...
saifulms replied at 1-9-2019 09:44 AM
Alhamdulillah. Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang berbeda kaum saling bantu membantu. Berit ...
Kurex replied at 1-9-2019 09:08 AM
Aku selalu dapat rege murah kala bagi jelingan manja
ADVERTISEMENT