CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cekik Pekerja Stesen Minyak, Zynakal Didenda RM2,800

30-8-2019 02:50 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 15936| Komen: 116|Original author: Oleh: LilRose

Berikutan kes mencederakan seorang pekerja stesen minyak pada Rabu lalu, Mahkamah Majistret Ampang mengenakan denda sebanyak RM2,800 terhadap Muhammad Raziq Rosli atau Zynakal, 21.

Lapor Berita Harian, penyanyi dan komposer itu turut didakwa menghalang polis daripada menjalankan tugas.



Kredit foto: IG

Penyanyi baru itu didenda RM800 bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didenda sebanyak RM2,000 dan dilaporkan sudah membayar denda berkenaan.

Difahamkan, Zynakal didakwa memukul warga Bangladesh, Ahmad Mostak hingga cedera di Stesen Petronas Pandan Prima, Ampang, jam 3 petang, 28 Ogos lalu.

Zynakal berdepan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pada hari sama jam 3.30 petang, penyanyi BBNU itu dikatakan enggan mempamerkan kad pengenalan, sekali gus menghalang tugas polis melakukan pemeriksaan.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zynakal yang tidak diwakili peguam sebelum ini merayu mahkamah mengenakan denda rendah dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.

Namun, rayuannya dibantah Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, Zynakal ditahan polis selepas mencekik seorang pekerja stesen minyak akibat salah faham ketika membuat bayaran minuman dibelinya.

Katanya, dia mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit, namun kaedah pembayaran itu tidak diterima kakitangan terbabit menyebabkan Zynakal menyerang dan mencekik leher mangsa.

Panas baran sangat orangnya. Harap Zynakal berusahalah untuk berubah. - CARI
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-8-2019 02:57 PM
Hari ni dah 2 kali berita pasal budak hingusan ni
Quote goss79 30-8-2019 03:01 PM
muka mmg x hensem, sekali perangai pun sama buruk jugak ish....
Quote roti_naan 30-8-2019 03:01 PM
Sedeyh hidup ko dik. Org tak penah kenal ko pun. Tuptup keluar semua citer buruk ko
Quote lifeline 30-8-2019 03:02 PM
sapa dia ni?
Quote claudya 30-8-2019 03:04 PM
WHOARYOUUUUUUUUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
Quote keds 30-8-2019 03:07 PM
Pepatah ada menyebut biar Rupa buruk, tapi bukan perangai buruk... Tapi kalau dua-dua pun hodoh, apapun tak boleh.? {:laugh
Quote miszclassique 30-8-2019 03:09 PM
Hahahah 2800 takboleh nak bayar dengan alasan takde kerja tetap? Haritu kemain berlagak lagi alih2 merayu kurangkan denda
Quote namieamuro 30-8-2019 03:10 PM
harom iols tak kenal mamat yg dibekap oleh kepris

baran sgt kau ni dik main cekik2 org..tak psl2 byr la kau ribu2 wpn income kau tetap atau pun tidak..mse mencekik org tak beringat kan.
Quote haruslah 30-8-2019 03:12 PM
miszclassique replied at 30-8-2019 03:09 PM
Hahahah 2800 takboleh nak bayar dengan alasan takde kerja tetap? Haritu kemain berlagak lagi alih2 m ...

hahaha baru tulis yg sama
maki era fm kemain lg
btw 2800 harga utk famous....
senang kan


Quote kualibesi 30-8-2019 03:14 PM
lepasni mesti terus kne blacklist dengan industri hiburan
Quote Cyempaka 30-8-2019 03:14 PM
sapa ni? tamak betul ye.. muka dah buruk perangai pun nak buruk jugak.. semua nak tapau kat dia sorang.
air apa kau beli tu sampai kena bayar dengan kad kredit?  
Quote natrahn 30-8-2019 03:14 PM
lagu apa dia compose... tua nya la iolls.... tak kenal la artis-artis zaman sekarang nih
Quote Noraniza_Iblis 30-8-2019 03:17 PM
dah laa whoareyusss...
muke hazabbb...
perangai musibat....
Quote Kecepohnau 30-8-2019 03:17 PM
Hau lebih kot
Quote Rhyno 30-8-2019 03:17 PM
iols rasa Zynakal ni terlebih telan ice sebab tu jd camtu. sadis....
Quote YomiuriLandMae 30-8-2019 03:20 PM
masa cekik org tu kau tgh stoned ke dik??
Quote YomiuriLandMae 30-8-2019 03:21 PM
masa cekik org tu kau tgh stoned ke dik??
Quote selipar_hijau 30-8-2019 03:22 PM
Johnny lever nya muka ko
Quote fuyupoktek 30-8-2019 03:23 PM
Nama zyna nakal

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056153 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top