CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Cikgu Kaunseling Ni La Mostly Ketua Bawang Kat Sekolah" -Peranan Kaunselor Dipertikai

30-8-2019 03:05 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12384| Komen: 95|Original author: Shimmer Shine



"Cikgu Kaunseling ni la mostly ketua bawang kat sekolah."

Dek saranan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching meminta guru kaunseling sekolah lebih peka mengenal pasti pelajar yang berdepan masalah kemurungan, ianya menjadi bahan perbualan warganet. Walaupun ianya sebenar berniat baik rentetan kematian seorang pelajar berusia 13 tahun yang dilaporkan menggantung diri akibat lambakan kerja sekolah, namun ianya disambut dengan pelbagai pendapat warganet. 

Maklumlah ianya berdasarkan pengalaman sendiri yang rata-ratanya mengalami masalah kerahsiaan tidak dijamin oleh 'Guru Kaunseling'. Ada yang beria-ia memberitahu masalah mereka kepada guru ini tetapi kemudiannya guru-guru lain turut tahu hingga diperli dan disindir di kelas  membuatkan mereka tidak lagi percaya peranan 'guru kaunseling'. Jadi, salah guru kaunseling yang tidak pandai berahsia atau kementerian yang memberi tugas pada orang yang salah?



Kredit foto: Twitter

Bagi pelajar yang mempunyai masalah di rumah atau di sekolah seperti tertekan akibat penceraian ibu bapa, dibuli, ponteng sekolah dan lain-lain mempunyai 1001 alasan untuk memprotes. Namun, jika ia ditangani dengan baik, pelajar ini mampu dirawat emosinya untuk kembali pulih seterusnya menjalani kehidupan seperti biasa.

Tetapi bayangkan setelah bercerita dengan guru kaunseling, mereka pula didera emosi seperti dituduh tidak bersyukur, dilabel bermasalah, memandang penuh jijik dan lebih teruk memberitahu guru-guru lain mengenai perangai pelajar ini yang sebenarnya memerlukan bantuan mereka.


Gambar hiasan - Google

Menurut seorang warganet, kebanyakan guru-guru yang menjadi kaunselor sekolah tidak berdaftar di bawah Jabatan Kaunselor Malaysia. Mereka dilantik oleh Kementerian Pendidikan, jadi mereka tidak tahu etika dalam sesi kaunseling. 

Bagaimanapun ia telah dibantah oleh segelintir warganet yang berpandangan bahawa setiap guru kaunseling sudah mengangkat sumpah dan tertakluk dengan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) yang jelas menerangkan etika bersama pelajar bermasalah.


Gambar hiasan - Google
Perbezaan pendapat ini memberikan perspektif bahawa pihak kementerian perlu membaiki kembali strukstur kaunseling kepada pelajar. Mungkin dengan memberikan kursus psikologi secara berkala kepada guru kaunseling atau menempatkan pakar psikologi di sekolah-sekolah. Ianya supaya pelajar berasa selamat dan kebajikan mereka terbela. 

Moga tiada lagi kes pelajar kemurungan hingga mengambil nyawa sendiri lagi selepas ini. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 30-8-2019 03:10 PM
Edited by Buritan at 30-8-2019 03:11 PM

Sekor lg pkhemm.. mmg habislaa hampa kena telanjang..sekolah aku dulu pkhem tudung labuh tp abis semua budak ditelanjangnya.. haji tiap tiap tahun pii..
Quote Buritan 30-8-2019 03:13 PM
Cikgu kaunselor dgn pkhem tak yahlaa.. baik ngadu kat mak pak atau guru yg betul betul baik ati..
Quote chicozinn 30-8-2019 03:19 PM
xpernah percaya so called cikgu kaunseling ni...fake yachhh
Quote Artemesiaa 30-8-2019 03:19 PM
Bila dapat nasihat dari bukan yang bertauliah ditambah dengan terlalu ramai yang nak membawang mana murid tak tertekan.  Bukan bantu kurangkan masaalah tapi tambah masaalah lain pula
Quote weezerfan 30-8-2019 03:20 PM
Kena amik kauselor yg ada degree psychology. Br tau psl ethic ni.
Quote munchkin 30-8-2019 03:35 PM
Kat sekolah aku dulu ketua bawang ustazah melayu islam. Sorang jelah ustazah ni yg tak honest.

Ustazah S mcm langit ngan bumi ngan ustazah bawang tu. Baik gila. Sama ngan cikgu agama lain jauh lagi baik murni dari ustazah bawang tak jujur tu.

Habis aib kawan aku satu sekolah tau. Spread rumours yg tak betul
Quote manehnya 30-8-2019 03:37 PM
Aku cukup anti ngan cikgu kaunseling sklolah ku... Bad memories
Quote manehnya 30-8-2019 03:38 PM
Buritan replied at 30-8-2019 03:10 PM
Sekor lg pkhemm.. mmg habislaa hampa kena telanjang..sekolah aku dulu pkhem tudung labuh tp abis sem ...

Setazah kt skolah ku dulu check period tgk Ada darah x, bila time solar x pergi
Quote TuntungReturn 30-8-2019 03:40 PM
cikgu kaunseling bukan kena ada master?
Quote Kurex 30-8-2019 03:41 PM
macam member aku kena zaman ipta dulu.

member cerita dekat kaunselor tu yg dia gayah, tutt dengan lecturer gayah jugak. habis satu kolej kaunselor canang. sudahnya, dua2 kena kick!
Quote Mahadaya 30-8-2019 03:52 PM
Guru kaunseling kerja sangat relax., tak perlu ada pun tak apa
Quote makita 30-8-2019 04:01 PM
Ha betul. 24 tahun dulu ada kwn ni mmg mak pak gado2 kt umah bertahun2 siap masuk court nak cerai suma. Tapi smpai la ni x cerai. Kwn meols tu mcm jd mental dan saiko dah. Ngadu kat cikgu kaunselor abes merata cikgu2 lain taw.
Lg satu kalu tinggal satu taman dgn cikgu sekolah. Pon sama ja..tetiba cikgu lain taw hal ehwal aktibiti kita kat kawasan perumahan. Padahal masa tu lom ade cctv tu.
Quote famri7 30-8-2019 04:05 PM
Bila sehsrian brtgaul sesama pprt, habis tohok dale jambey nilai professional..
Quote krustykrab 30-8-2019 04:13 PM
Buritan replied at 30-8-2019 03:10 PM
Sekor lg pkhemm.. mmg habislaa hampa kena telanjang..sekolah aku dulu pkhem tudung labuh tp abis sem ...

Pi mekah tu sekadar mcm bercuti dan nk show off yg aku dah pi, ko bila lagi..
Quote Buritan 30-8-2019 04:14 PM
manehnya replied at 30-8-2019 03:38 PM
Setazah kt skolah ku dulu check period tgk Ada darah x, bila time solar x pergi

Itu satu lg bentong
Quote Buritan 30-8-2019 04:16 PM
krustykrab replied at 30-8-2019 04:13 PM
Pi mekah tu sekadar mcm bercuti dan nk show off yg aku dah pi, ko bila lagi..

Agaknyaaaalaa
Quote CiliPadiSedap 30-8-2019 04:30 PM
dulu kawan kaka simpan cd porno dalam beg kaka,  ( kaka xtahu cd porno sebab luar kosong tak de wallpaper apa2 dia cakap cd lagu) kantoi spot check,  wajib hadir jumpa guru kaunseling.

jujur cakap cikgu kaunseling tak banyak bantu. sebab ego tinggi dan tak pandai simpan rahsia. guru displin patut psiko sebagai kawan not as consultant.

orang yang simpan cd xkena kaunseling, beg kaka yang jadi mangsa , kaka kena kaunseling.  kesimpulannya cikgu fizik juga terbaik
Quote mizZue 30-8-2019 04:40 PM
Gb pun samaaa membawangggggg
Quote ninja boy 30-8-2019 04:44 PM
Apalagi pergi buli balik cikgu tersebut, pergi kidnap baju kurung tudung seluar kecik bra gantung atas tiang bendera wakakaka

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.172798 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top