KFC mula masuk ke Malaysia pada tahun 1973 dengan membuka cawangan pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan terus berkembang sehingga kini.
Mulai Disember 2018, KFC dalam kenyataannya berkata, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya untuk memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi tetapi saiz ayam semakin kecil (kurus) mengundang kemarahan pelanggan. Masalah ayam kecil ini telah berlaku sejak sekian lama seolah tiada penghujungnya.
Baru-baru ini, seorang bekas pekerja KFC telah berkongsi tip apa yang pelanggan boleh buat sekiranya mendapat ayam bersaiz kecil menerusi entri di Facebook beliau. Loading FB Post... Jika makan di restoran : 1. Jangan sentuh ayam itu. 2. Terus bawak pergi kaunter untuk tukar sehingga kita puas hati. 3. Jika tak puas hati minta refund. Jika take away atau drive through : 1. Terus check depan mereka, minta pinjam penyepit untuk check ayam terutamanya bahagian ayam kepak (wing) dan paha (drumstick). Nak lebih senang, minta mereka letak wing dan peha di bahagian atas masa bungkus supaya senang nak periksa saiz bahagian ayam. 2. Minta tukar serta merta jika dapat jenis kecil atau kita tak berpuas hati dengan saiznya. Masalah ini terjadi kerana 4 tahap prosedur (SOP) yang dilanggar sehingga pelanggan dapat kualiti ayam yang seperti ini. Tahap 1 - Staff yang cuci ayam tidak ikut prosedur yang ditetapkan. Tahap 2 - Staff yang masak ayam tidak ikut prosedur yang ditetapkan. Tahap 3 - Staff yang racking ayam tidak ikut prosedur yang ditetapkan. Tahap 4 - Staff yang menghidangkan ayam tidak ikut prosedur yang ditetapkan. Mengikut standard KFC, ayam dengan saiz seperti ini tidak akan diproses langsung pada tahap pertama yang pertama. Jadi kita sebagai pelanggan bolehlah menggunakan tip di atas dan menggunakan saluran yang betul untuk mengadu mengenai saiz ayam yang kecil tersebut. Semoga bermanfaat. - CARI |
Athrun.Zalaa replied at 3-9-2019 12:03 PM
Lepas ni self service kfc smpai ke pilih ayam sendiri...
Xpun goreng sendiri...
Tp kena beratur...
any42 replied at 3-9-2019 12:19 PM
sume salah staff la gtu ye. msa cuci aym mmg aym tu jnis kecik so cmne staff nk bt jd besar? guna pa ...
figurae replied at 3-9-2019 02:48 PM
kenapa pulak semua salah staff. kfc kenala pastikan saiz2 ayam yang sampai tu ikut saiz yg ditetapk ...
ADVERTISEMENT