CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perogol Kanak-Kanak Jadi Lelaki Pertama Dikenakan Hukuman Kembiri Di Indonesia

18-9-2019 10:17 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7278| Komen: 74|Original author: Sang_Pencinta

Seorang lelaki bernama Muh Aris bin Syukur dari pekan Mojokerto di Jawa Timur dikenakan hukuman kembiri secara kimia kerana didapati bersalah merogol sembilan orang kanak-kanak. Ini kali pertama hukuman kembiri dijalankan di negara itu.


Kredit Foto: Kompas TV



Pada tahun 2016, Presiden Joko Widodo menandatangani Perppu, iaitu undang-undang baru memperkenalkan hukuman mati dan kembiri secara kimia buat penjenayah seks kanak-kanak setelah diluluskan oleh Parlimen negara tersebut.


Kredit foto: CNN INdonesia


Aris menjadi lelaki pertama dikenakan hukuman tersebut setelah didapati bersalah merogol 9 kanak-kanak perempuan sekitar tahun 2015-2018 di Mojekerto. Dia ditangkap pada Oktober 2018 selepas rakaman CCTV menunjukkan dia melakukan kelucahan melampau kepada salah seorang mangsa tersebar.


Seperti yang dilaporkan oleh CNN Indonesia, Aris juga dikenakan 12 tahun penjara, dan denda IND100 Juta oleh Mahkamah Daerah Mojokerto. Humuman 12 tahun penjara itu lebih ringan berbanding 17 tahun yang diminta oleh pendakwaraya.


Kredit foto: Carian Google



Tapi Aris akan mendapat hukuman bonus kembiri kimia kata hakim tersebut, walaupun hukuman kembiri tidak diminta oleh pendakwaraya sebelumnya.Oleh kerana inilah kali pertama hukuman kembiri dijatuhkan, pejabat kehakiman tidak dapat memberikan maklumat mengenai bagaimana ianya akan dijalankan menjadikan tarikh pelaksanaannya belum diumumkan. 

Persatuan Doktor Indonesia (IDI) juga tidak mahu bekerjasama dalam menjalankan hukuman tersebut kerana dikatakan melanggar etika perubatan.



Kredit foto: Carian Google


Hukuman tersebut diperkenalan oleh kerajaan Indonesia berikutan kejadian rogol dan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak di Bengkahulu pada tahun 2016. Ramai aktivis berkata hukuman yang ringan sebelumnya menjadikan kerajaan tidak serius dalam menangani keganasan seks terhadap kanak-kanak.


Persoalannya, bersetujukah anda hukuman seperti ini diperkenalkan di Malaysia? - CARI

3

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-9-2019 10:27 AM
Nanti dah takde ereksi la kan..
Quote Greenbutterfly 18-9-2019 10:27 AM
Setuju sgt..kalau x ntah bila nk insaf,drpd rmai lg jd mangsa baik di kembiri biri kan
Quote minguk 18-9-2019 10:35 AM
boleh jadi sida-sida istana
Quote fliphair8 18-9-2019 10:39 AM
setuju sangat laaa....mmg itu jek ubatnya bior jadik sayor jek puak2 ni dibelasah org pulak.
Quote sarah82 18-9-2019 10:46 AM
Bagus.. Aku sokong dilaksanakan juga di Malaysia
Quote Cable 18-9-2019 10:50 AM
patut la nusarayau amt berbanggat sama indonesia..abis la ko ejalti...jd lauk la ko ngn kehebatan indonesia ni
Quote orgsepang 18-9-2019 11:15 AM
Setuju sangat2.
Quote WawaRaRa 18-9-2019 11:16 AM
sokong... padan muka perogol....
Quote chinta89 18-9-2019 11:24 AM
setuju. yg x setuju tu, kalau korang kena rogol, baru tau mcmne.
Quote sukacactus 18-9-2019 11:31 AM
Ramainya yg jadi mangsa dia
Aku sokong je
Sapa yg nak membela sangat tu, tunggu la kot terkena kat sedara mara sdr, br korang ada akal
Quote Virus_77 18-9-2019 11:34 AM
setuju sangat..duduk besimpuh ja la lepas ni
Quote Artemesiaa 18-9-2019 11:41 AM
Selayaknya dapat hukuman sebegitu harap kat sini pun dilaksanakan juga hukuman macam tu
Quote violetungu 18-9-2019 11:48 AM
12 tahun skjp sgt..kenapa tak dilupuskan terus kan senang.
Quote delsmomm 18-9-2019 11:50 AM
Aku personally rase mcm bagus dibuat gini..

but it wont stop these rapist to rape..

ingat x kes kat indo yang diorg rodok perempuan yg diorg rogol tu dgn cangkul..

kalo diorg xleh guna penis, diorg akan cari substance lain plak..

bagi aku diorg ni patut kena bunuh je..
Quote zuuu 18-9-2019 12:32 PM
Setuju...hancur masa depan anak2 yg jadi mangsa...penjenayah ni pulak lepas bebas lepas tamat hukuman pnjara,kalo x insaf cari mangsa baru pulak...dngan adanya undang2 cenggini leh bagi meremang bulu roma ...
Quote yuki812 18-9-2019 12:36 PM
setuju juga apply kat sini..
kalau yg tua bangka gitu..kasi potong terus..
menyusahkan org je..
Quote batmana 18-9-2019 12:48 PM
aku tk setuju, baik bunuh aja

wiring kt otak tu tk betul, klu 'senjata' dia ilang sekalipun, tapi otak masih berfungsi ke arah tu

tak tau ke cmne lesbian pakai alat memuaskn nafsu sesama sendiri?, tu terang2 tkde 'barang' pn bernafsu sejenis, apatah lagi pedo yg gila ni

silap2 klu lepas balik pun, dia cabul ngn 'barang' yg diguna oleh lesbian gitu

Quote epis 18-9-2019 12:54 PM
Kembiri tu buang testis eh?? Kalau testis xde, mmg tak blh stim dah eh zakar? Sorry saya noob harap ada sudi terangkan~
Quote arm_band 18-9-2019 12:55 PM
setuju sangat

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.134922 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top