Pelakon kelahiran Malaysia dari Sarawak iaitu Henry Golding semakin dikenali apabila movie Crazy Rich Asian yang dibintanginya tahun lepas mendapat rating yang tinggi dalam persada filem Hollywood dan antarabangsa.
Artis berusia 32 tahun yang kini tinggal di Los Angeles telah dilaporkan dipilih untuk membintangi watak Snake Eyes untuk filem francais G.I Joe. Menurut The Reporter Hollywood, Golding dikatakan sedang dalam rundingan untuk filem aksi itu, G.I. Joe spinoff terbitan Paramount dengan kerjasama Skydance dan AllSpark Pictures. Tapi yang viral di twitter ada pula mengatakan Henry tidak sesuai membawakan watak ini kerana Henry merupakan anak kacukan Iban-Inggeris dan watak Snake pula merupakan orang kaukasian yang dibesarkan di Jepun.
Snake Eyes adalah komando ninja yang muncul pada tahun 1980-an sebagai sebahagian daripada Hasbro dan Marvel Comics, yang digelar G.I. Joe. Berpakaian serba hitam, watak itu tidak pernah mendedahkan mukanya dan tidak pernah bercakap, tetapi berdiri di kalangan kumpulan tentera anti-pengganas menjadikan dirinya sebagai yang paling popular. Dia kadang-kadang melakukan misi solo dengan haiwan serigala peliharaannya Timber. Musuh utamanya adalah Storm Shadow, yang juga merupakan abang kandung sendiri. Sebelum ini, Paramount telah menerbitkan 2 francais iaitu G.I. Joe: The Rise of Cobra pada 2009 dan G.I Joe 2013: Retaliation (2013) dengan pelakon Ray Park memegang watak Snake Eyes dalam kedua-dua fiem itu. Pelakon yang sedang melakar nama di Hollywood ini (Ray Park) juga dikatakan dia bakal membintangi filem James Bond 007 akan datang. Banyak filem blockbuster yang dibintanginya antaranya X-Men dan juga Star Wars. - CARI |
sarah82 replied at 18-9-2019 11:11 AM
Makin laku dia kat Hollywood sana.. Latest movie dia The Last Christmas... Harap2 bukan ala2 Me Befo ...
jeligoreng replied at 1-10-2019 04:02 PM
Pelakon perempuannya dah sama kan chuols, i dua kali tengok Me Before You dua dua kali nangis. Hat ...
ADVERTISEMENT