Bahana mabuk, lelaki Filipina tidak sedar terpenggal kepala anak saudara lelakinya yang sedang tidur. The Sun melaporkan, Roger Paje, 48, mendakwa dia mengigau dan menyangkakan sedang menebang pokok kelapa.
Selain itu, Paje juga dikatakan turut memotong tangan Eduardo Rosquitos, 30, yang bekerja sebagai buruh binaan. Menurut polis, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan di rumah bapa saudaranya itu di perkampungan Bool East di Pulau Biliran pada Ahad lalu. Saksi, Edgardo Canete memberitahu dia terdengar bunyi gergaji rantai dan terkejut apabila mendapati kepala Rosquitos sudah terputus dari tubuhnya. Bimbang dengan keselamatan dirinya, Canete kemudian keluar dari rumah itu dengan terjun melalui tingkap. Sebelum kejadian, ketiga-tiga individu itu dikatakan mengambil minuman keras kira-kira jam 8 pagi pada hari sama dan Rosquitos terbunuh kira-kira lima jam kemudian selepas mereka tertidur.
Paje ditahan sebaik anggota polis tiba di lokasi kejadian dan akan didakwa atas kesalahan membunuh. Dia bagaimanapun mendakwa sedang bermimpi menebang pokok kelapa ketika kejadian berlaku, lapor Philipine Star. Sementara itu, Canete memaklumkan kepada polis bahawa Paje menutup mata ketika melakukan perbuatan itu. - CARI
|
stars83 replied at 29-8-2019 10:13 PM
Lbh kurg macam mimpi kencing kat tandas,bangun2 tgk seluar basah,tilam banjir...ekekeke!
ADVERTISEMENT