Penyanyi BBNU Zynakal sejak kebelakangan ini terpalit kontroversi kerana didakwa tidak ada adab dalam urusan kerjayanya.
Buat yang "who are u", Zynakal ni adalah penyanyi baru (lagu Terbang) yang sebelum jadi penyanyi pernah menerbitkan beberapa lagu artis lain seperti Sabar (Ismail Izzani) dan Tinggal Sayang (Haqiem Rusli). Tetapi, malangnya penyanyi ini dikatakan tidak ada adab ketika berurusan dengan orang, bergaduh dengan banyak pihak.
Di Instagramnya, dia memuat naik mesej berbalas makian dengan seorang penerbit stesen radio era.fm. Siap memaki kononnya penerbit itu "bangang dan bodoh." Aih tak profesional sangat tu dik! Tidak cukup dengan itu, dia selamba badak menggunakan rekaan seorang pereka luar negara untuk lagu terbarunya. Tetapi, apabila ditegur buat tidak tahu dan berkeras kepala. Tetapi, teman rapatnya, Caprice mendedahkan yang Zynakal ni sebenarnya sakit "diganggu mahkluk halus". Menerusi Instagramnya, Caprice mendakwa si Zynakal ini sudah berhari tak balik rumah, tak tidur dan bergaduh dengan semua orang.
|
sarah82 replied at 30-8-2019 10:06 AM
Kalau la jin boleh saman fitnah manusia.. Harus lawyer dari kalangan Jin tak menang tangan{:run
prettyuglybabe replied at 30-8-2019 10:24 AM
kalah lawyer buah kan
haryatie replied at 30-8-2019 10:37 AM
geli hati pulak bca komen ko org
da la x hensem, xde budi bahasa pulak
kesian sungguh dia ni ...
ADVERTISEMENT