Negara tercinta kita, Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada 31 Ogos ini. Banyak sudah negara kita berjaya kecapi semenjak dari kita merdeka dahulu, seperti pembangunan yang pesat, kemudahan pengangkutan awam dan rakyat yang lebih berintelektual.
Namun, saban hari negara kita kian tenat dengan isu yang melanda dan mampu untuk memecah belahkan perpaduan negara, seperti ada tangan gelap di sebalik semua ini. Jika anda perasan, isu-isu yang terjadi di Malaysia baru-baru ini kebanyakkannya melibatkan isu perkauman dan agama di Malaysia. Isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya merupakan salah satu insiden terbesar yang berlaku pada tahun lepas, dan masih tiada kata putus oleh pihak berwajib sehingga ke hari ini. Rusuhan oleh kaum India yang mempertahankan rumah ibadat mereka itu mengorbankan seorang ahli bomba, Muhammad Adib. Insiden ini menimbulkan isu perkauman di antara sesetengah kaum Melayu dan kaum India, lebih teruk lagi apabila ada pihak berwajib yang seperti melepaskan batuk di tangga apabila tidak mengulas lebih lanjut tentang isu ini.
Tidak cukup dengan itu, isu tulisan khat menambah lagi perbalahan di antara kaum yang berlaku di Malaysia. Semuanya bermula apabila Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) membuat bantahan ke atas pengenalan pelajaran tulisan khat oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah. Kata Dong Zong, tulisan khat tidak patut dipelajari oleh mereka yang bukan penganut agama Islam, walhal pada hakikatnya tulisan khat hanyalah sebuah tulisan dan medium pengantaraan bahasa seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin. Isu tulisan khat ini bertambah lagi teruk apabila pihak-pihak ini membuat perhimunan aman untuk membantah idea Kementerian Pelajaran ini, sehingga mendapat perhatian YB Syed Saddiq.
Baru-baru ini pula, Dr. Zakir Naik menjadi perbualan semua orang apabila beliau dihalang untuk memasuki beberapa buah negeri dan diharamkan untuk memberi ceramah di Malaysia, hanya gara-gara kenyataannya yang dianggap menyentuh isu perkauman. Isu ini menimbulkan tanda tanya seluruh rakyat Malaysia apabila organisasi seperti Dong Zong tidak diambil tindakan sedangkan mereka secara terang-terangan bersifat perkauman dan mengeluarkan kenyataan yang mengundang perbalahan di antara kaum. Apakah pihak berwajib memilih bulu dalam mengenakan tindakan? Ataupun ada tangan gelap yang mahukan isu perkauman terus dimainkan di Malaysia untuk kepentingan peribadi mereka. Meskipun di atas kertas negara Malaysia sudah Merdeka selama 62 tahun, tetapi hakikatnya kita masih lagi belum ada perpaduan di antara kaum. Sejarah gelap Malaysia pada tanggal 13 Mei boleh berulang jika perpaduan di antara kaum tidak dikuatkan ikatannya. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya lebih bijak dan bersatu dalam menyelesaikan perkara ini. Semoga rakyat Malaysia terus bersatu padu dan tidak terhasut dengan isu-isu perkauman yang terjadi. Selamat Hari Merdeka! - CARI |
A_4 replied at 29-8-2019 11:20 AM
Yg racist
Yg nk pertumpahan drh
Yg nk sgt 13 Mei brulang
Kurex replied at 29-8-2019 11:24 AM
Hi.. Bukan melepaskan batuk di tangga tapi melepaskan BATOK di tangga..
Batuk tu lain, batok tu lai ...
Kurex replied at 29-8-2019 11:24 AM
Hi.. Bukan melepaskan batuk di tangga tapi melepaskan BATOK di tangga..
Batuk tu lain, batok tu lai ...
A_4 replied at 29-8-2019 11:20 AM
Yg racist
Yg nk pertumpahan drh
Yg nk sgt 13 Mei brulang
lampor replied at 29-8-2019 11:27 AM
Ok la tu... Nasib tak melepaskan atok kat tangga.... Kalau tak dah arwah dah atok pm7 tu
rospinki: bukan BATOK tapi BETUK sejenis alat utk mengambil air dari tempayan zaman dolu2.
smartaleck07 replied at 29-8-2019 11:53 AM
post2 mcm ni pun bole jd sebab.. rasa mcm majoriti rakyat x mo gaduh, tp ahli2 politik ni pandai mai ...
TalibanRock replied at 29-8-2019 02:56 PM
selempang merah mane?xnak buat penonjolan ker?
ADVERTISEMENT