Dek percayakan tunangnya, aktres Zahirah Mac Wilson meninggalkan kedua-dua keretanya dalam jagaan Aiman Hakim Ridza ketika pemergiannya ke Perth, Australia. Sayang seribu kali sayang harapannya berkecai apabila Aiman telah tercalarkan kereta Zahirah (Ira) hingga membuatkannya berasa sedih dan sayu. Bagaimanapun, kesedihannya terubat apabila Aiman pandai memujuk. Rupa-rupanya tanda minta maaf pelakon lelaki ini adalah mengejutkan tunangnya dengan lima kuntum bunga peoni menyebabkan Ira terlupa seketika tentang keretanya yang calar itu. Tetapi bila bunga itu semakin layu, fikirannya kembali pada kereta yang dicalarkan oleh tunangnya. Auch! Menurut Zahirah, pada mulanya ketika diberitahu ada satu berita baik dan satu berita buruk, dia mengharapkan yang berita baiknya adalah tunangnya akan membaiki kereta yang telah dicalarkannya. Bagaimanapun, tidak disangka sifat romantis Aiman membuatkan hatinya cair dengan lima kuntum bunga peoni mengubat hati. Bagaimanapun, setelah seminggu dan bunga itu pun layu, ianya membuatkan dia teringat kembali kereta yang tercalar itu. Aiman pula seperti biasa memujuk Ira bahawa dia sepatutnya menghantar lebih banyak bunga peoni. Sementara itu, pengikut Zahirah sendiri meminta agar Aiman menghadiahkan kereta baru sebagai ganti sementara yang lain pula seronok menyaksikan kemesraan pasangan ini. Ternyata pasangan ini bukan sahaja sama cantik dan sama padan malahan sikap Zahirah yang tidak mudah melatah membuatkan dia disenangi ramai warganet lain. Hai, untunglah Aiman, dapat bakal isteri yang bukan sahaja jelita, tapi baik budi bahasanya. - CARI |
Kurex replied at 29-8-2019 12:09 PM
Semoga aiman angkat kurex atas kabinet dapur
ADVERTISEMENT